Jumaat, 13 November 2020 | 9:51pm
 Beberapa penonton menyaksikan Rory McIlroy (kiri), Dustin Johnson (dua dari kiri) dan Patrick Cantlay (baju biru) bersedia melakukan putting di lubang kesembilan pada pusingan pertama golf Masters di National Golf Club, Augusta, Georgia, AS, semalam. - Foto AFP.
Beberapa penonton menyaksikan Rory McIlroy (kiri), Dustin Johnson (dua dari kiri) dan Patrick Cantlay (baju biru) bersedia melakukan putting di lubang kesembilan pada pusingan pertama golf Masters di National Golf Club, Augusta, Georgia, AS, semalam. - Foto AFP.

Thomas, Johnson, McIlroy sambung buruan golf Masters

AUGUSTA, Amerika Syarikat: Pemain nombor tiga dunia, Justin Thomas sedia mencabar sudut Amen manakala pemain nombor satu dunia, Dustin Johnson menyalakan perseteruan dengan Rory McIlroy pada pusingan pembukaan Masters ke-84 yang diteruskan hari ini.

Thomas yang menggungguli Kejuaraan PGA 2017 mencatat lima di bawah par selepas lima lubang ketika masalah cuaca menyebabkan saingan di Augusta National itu ditangguhkan dengan 44 pemain golf masih belum menam atkan 18 lubang.

Paul Casey mendahului saingan menerusi tujuh di bawah par 65 dan Thomas yang mencatat 67 pukulan berkongsi kedudukan dengan dua lagi pemain iaitu Webb Simpson dan Xander Schauffele.

"Saya bermain dengan baik. Saya mahu meneruskan momentum ini. Masih ada banyak lagi pukulan. Ini hari yang panjang dan saya perlu sentiasa bersabar," kata Thomas.

Johnson dan McIlroy cuba untuk meningkatkan permainan mereka dengan Johnson mencatat tiga di bawah par selepas sembilan lubang menerusi eagle di lubang kelima dan birdie di lubang kelapan.

"Aksi yang agak bagus. Saya melakukan beberapa pukulan yang sangat baik. Saya gembira dengan pusingan ini setakat ini," kata Johnson.

Johnson mampu menjadi pemain nombor satu dunia pertama memenangi Masters sejak Tiger Woods pada 2002.

- AFP

Berita Harian X