Isnin, 12 Oktober 2020 | 7:49am
Pemain Korea, Sei Young Kim memenangi kejohanan golf Kejuaraan PGA Wanita di Kelab Golf Aronimink, Newtown Square, Pennsylvania. - Foto AFP.
Pemain Korea, Sei Young Kim memenangi kejohanan golf Kejuaraan PGA Wanita di Kelab Golf Aronimink, Newtown Square, Pennsylvania. - Foto AFP.

Kim Sei-young rangkul Kejuaraan PGA Wanita

NEW YORK: Pemain Korea, Kim Sei-young merangkul kejuaraan utama pertama buat dirinya selepas memenangi Kejuaraan PGA Wanita dengan rekod baharu tujuh bawah par 63, catatan terendah pada pusingan akhir dalam sejarah pertandingan.

Pemain berusia 27 tahun daripada Seoul itu menjadi pemenang kesembilan daripada 10 juara kejuaraan utama wanita tanpa sebarang bogey dengan kelebihan lima pukulan dalam saingan di lapangan Aronimink Newtown Square, Pennsylvania.

Menduduki ranking ketujuh, Kim menamatkan saingan dengan rekod pertandingan 14 di bawah 266 bagi menewaskan pemenang tempat kedua, Park In-bee dengan lima pukulan.

Sementara itu, pemain Malaysia, Kelly Tan menduduki tempat ke-13 selepas mencatatkan 281 keseluruhan, dengan berkongsi kedudukan bersama pemain Amerika Syarikat (AS), Ally McDonald, Nanna Koerstz Madsen (DEN) dan Mina Harigae (AS).

Keputusan pusingan akhir:

266 - Kim Sei-young (KOR) 71-65-67-63

271 - Park In-bee (KOR) 70-70-66-65

273 - Nasa Hataoka (JPN) 72-69-68-64, Carlota Ciganda (ESP) 68-69-71-65

276 - Anna Nordqvist (SWE) 69-68-68-71

277 - Brooke Henderson (CAN) 71-69-65-72

279 - Charley Hull (ENG) 70-71-69-69, Jennifer Kupcho 72-65-71-71

280 - Lauren Stephenson 70-68-74-68, Brittany Lincicome 67-72-72-69, Gaby Lopez (MEX) 68-72-68-72, Bianca Pagdanganan (PHI) 77-65-65-73

281 - Ally McDonald 71-71-70-69, Nanna Koerstz Madsen (DEN) 72-69-69-71, Kelly Tan (MAS) 67-71-72-71, Mina Harigae 74-68-66-73

282 - Park Sung-hyun (KOR) 71-71-69-71

283 - Pernilla Lindberg (SWE) 69-76-70-68, Ji Eun-hee (KOR) 71-72-70-70, Moriya Jutanugarn (THA) 72-68-72-71, Ashleigh Buhai (RSA) 70-68-74-71, Lydia Ko (NZL) 68-70-74-71

284 - Hannah Green (AUS) 79-66-72-67, Madelene Sagstrom (SWE) 72-71-72-69, Sophia Popov (GER) 73-73-68-70, Matilda Castren (FIN) 69-77-68-70, Jasmine Suwannapura (THA) 70-74-70-70, Lee Jeong-eun (KOR) 70-72-70-72, Chun In-gee (KOR) 72-67-71-74

- AFP

Berita Harian X