Selasa, 2 Jun 2020 | 3:43pm
Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo berpendapatan paling tinggi di dunia. - Foto AFP
Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo berpendapatan paling tinggi di dunia. - Foto AFP

10 pemain bola sepak terkaya dunia

NEW JERSEY, Amerika Syarikat: Cristiano Ronaldo adalah pemain bola sepak lelaki yang berpendapatan paling tinggi di dunia, menurut senarai tahunan Forbes.

Pandemik COVID-19 memberi kesan terhadap pendapatan bintang-bintang sukan dunia, dengan nilai kasar pendapatan turun sebanyak sembilan peratus sejak tahun lalu.

Namun walaupun Ronaldo bersetuju memotong sementara sebahagian gajinya bagi membantu kelabnya Juventus - dia kekal sebagai atlet terkaya tahun ini.

Legenda tenis dan pemenang 20 kali Grand Slam Roger Federer mendahului senarai keseluruhan atlet - dengan bintang NBA Steph Curry dan LeBron James turut berada dalam kelompok teratas.

Pemenang 20 kali Grand Slam Roger Federer. - Foto AFP
Pemenang 20 kali Grand Slam Roger Federer. - Foto AFP

Berikut adalah senarai 10 pemain bola sepak yang meraih pendapatan tertinggi.

1. Cristiano Ronaldo – 85.8 juta pound (RM460.45 juta)

Pada usia 35 tahun Ronaldo kekal sebagai ikon besar di dalam dan luar padang.

Untuk periklanan sahaja dia mengumpul 37.7 juta pound (RM202.33 juta) - dan Ronaldo juga aset cukup bernilai buat Nike - serta jenama CR7 yang turut mencatat keuntungan besar.

2. Lionel Messi (Barcelona) – 83.4 juta pound (RM447.56 juta)

Lionel Messi turut mengharungi tahun yang produktif selepas menjulang trofi Ballon d'Or sekali lagi untuk tahun 2019.

3. Neymar (PSG) – 76.6 juta pound (RM411.16 juta)

4. Mohamed Salah (Liverpool) – 28.2 juta pound (RM151.37 juta)

5. Kylian Mbappe (PSG) – 27.1 juta pound (RM145.49 juta)

6. Andres Iniesta (Vissel Kobe) – 23.7 juta pound (RM127.24 juta)

7. Mesut Ozil (Arsenal) – 23 juta pound (RM123.49 juta)

8. Paul Pogba (Man Utd) – 22.8 juta pound (RM122.41 juta)

9. Oscar (Shanghai SIPG) – 22 juta pound (RM118.14 juta)

10. Antoine Griezmann (Barcelona) – 21.4 juta pound (RM114.91 juta)

- AGENSI

Berita Harian X