Jumaat, 10 Mei 2019 | 12:44pm
BROOKS Koepka. - Foto Reuters
BROOKS Koepka. - Foto Reuters

Koepka sedia hadapi PGA

LOS ANGELES: Brooks Koepka memanaskan badan bagi mempertahankan gelarannya di Kejuaraan PGA minggu depan apabila melakukan enam bawah par 65 di pusingan pembukaan AT&T Byron Nelson di Dallas, Texas, awal pagi tadi.

Koepka yang memburu gelaran major keempat di Berthpage Black di New York pada minggu hadapan, merekodkan lapan birdie dan dua bogey menutup hari pertama saingan.

Pemain berumur 29 tahun itu mungkin memperoleh keputusan yang lebih baik jika tidak melakukan dua bogey pada sembilan lubang terakhir yang menjadi satu-satunya kesilapan pada hari yang membanggakan buatnya di Kelab Golf Trinity Forest.

“Beberapa minggu lalu saya kagum dengan diri saya sendiri apabila melihat betapa bagusnya pukulan saya,” kata Koepka. “Mengawalnya dengan baik dan kemudian cuba merasakannya seperti memasukkan putt ke dalam lubang.

“Saya rasa adalah penting untuk mendapatkan perasaan begini menjelang major nanti. Sudah pasti sasaran adakah untuk menang (di sini)  tetapi jika tidak, anda mahu dapatkan pendorong perasaan yang baik bagi minggu hadapan.”

Koepka yang melakukan tee pada lubang ke-10 melakukan birdie dari jarak 13 meter pada lubang ke-18 sebelum  melakukan par tiga pada lubang kedua dari jarak enam meter.

Dengan padang dalam keadaan basah yang menyebabkan mata keputusan mata rendah, Koepka adalah salah seorang daripada sembilan pemain yang terikat di kedudukan keempat dengan enam bawah par, dalam kumpulan yang sama termasuklah Jonas Blixt dari Sweden, Kang Sung-ho dari Korea Selatan dan pemain Australia, Matt Jones. – AFP

Berita Harian X