Jumaat, 12 April 2019 | 11:27am
Brooks Koepka (kiri) dan Bryson DeChambeau. - Foto AFP/Reuters
Brooks Koepka (kiri) dan Bryson DeChambeau. - Foto AFP/Reuters

Koepka, DeChambeau kongsi kedudukan hari pertama

AUGUSTA (Amerika Syarikat): Brooks Koepka, pemenang dua daripada tiga kejuaraan major yang disertainya, berkata pusingan pertama Masters yang menyaksikan beliau memperoleh 66 mata, adalah antara pencapaian terbaiknya dalam kejuaraan golf major.

“Itu adalah antara pusingan terbaik bagi saya dalam kejuaraan major,” kata pemain berusia 28 tahun itu selepas terikat mendahului bersama rakan senegara, Bryson DeChambeau dari Amerika Syarikat.

“Saya membuat pukulan dengan baik, dan menuju ke padang dengan mengawal pusingan – semuanya saya rasakan bagus sebagaimana saya membuat pukulan hari ini.”

Pusingan itu yang menyaksikan Koepka tampil dengan perubahan selepas berjaya mengurangkan lebih kurang 11 kilogram berat badannya - yang mana tindakannya adalah tepat mempengaruhi prestasinya.

Minggu ini, Koepka yang memenangi gelaran Terbuka Amerika Syarikat kali kedua tahun lalu dan diikuti dengan kemenangan Kejuaraan PGA, mengakui dia melakukan diet pemakanan yang ekstrem tetapi beliau tidak membuat permohonan maaf - dengan mengatakan senaman berat yang dilakukannya dahulu mengganggunya.

“Saya terlalu banyak mengangkat beban berat dan saya terlalu besar untuk bermain golf,” kata Koepka. “Dan kemudiannya saya kehilangan berat, saya terlalu kecil pula.

“Saya mahu menggembirakan diri sendiri. Saya tak ambil peduli apa orang lain katakan.

“Saya lakukan untuk diri saya, dan jelas sekali ia berhasil,” - AFP 

Keputusan pusingan pertama Masters ke-83:

66: Bryson DeChambeau (USA), Brooks Koepka (USA)

67: Phil Mickelson (USA)

68: Ian Poulter (ENG), Dustin Johnson (USA)

69: Justin Harding (RSA), Adam Scott (AUS), Jon Rahm (ESP), Kevin Kisner (USA), Kiradech Aphibarnrat (THA)

70: Corey Conners (CAN), J.B. Holmes (USA), Lucas Bjerregaard (DEN), Gary Woodland (USA), Tiger Woods (USA), Rickie Fowler (USA), Cameron Smith (AUS), Patton Kizzire (USA), Francesco Molinari (ITA), Jason Day (AUS)

71: Tony Finau (USA), Charley Hoffman (USA), Louis Ooosthuizen (RSA), Tommy Fleetwood (ENG), Kevin Na (USA), Thorbjorn Olesen (DEN), Bernhard Langer (GER), Matt Kuchar (USA)

72: Andrew Landry (USA), Keith Mitchell (USA), Kevin Tway (USA), Mike Weir (CAN), Kim Si-woo (KOR), Branden Grace (RSA), Emiliano Grillo (ARG), Kyle Stanley (USA), Webb Simpson (USA), Viktor Hovland (NOR), Marc Leishman (AUS), Li Haotong (CHN), Jimmy Walker (USA), Billy Horschel (USA), Bubba Watson (USA)

73: Takumi Kanaya (JPN), Charles Howell (USA), Sergio Garcia (ESP), Patrick Reed (USA), Xander Schauffele (USA), Rory McIlroy (NIR), Sandy Lyle (SCO), Martin Kaymer (GER), Alvaro Ortiz (MEX), Jovan Rebula (RSA), Rafa Cabrera Bello (ESP), Tyrrell Hatton (ENG), Patrick Cantlay (USA), Justin Thomas (USA)

74: Eddie Pepperell (ENG), Henrik Stenson (SWE), Trevor Immelman (RSA), Devon Bling (USA), Zach Johnson (USA)

75: Adam Long (USA), Aaron Wise (USA), Danny Willett (ENG), Brandt Snedeker (USA), Hideki Matsuyama (JPN), Matt Wallace (ENG), Alex Noren (SWE), Satoshi Kodaira (JPN), Justin Rose (ENG), Jordan Spieth (USA)

76: Michael Kim (USA), Stewart Cink (USA), Keegan Bradley (USA), Shugo Imahira (JPN)

77: Kevin O'Connell (USA), Charl Schwartzel (RSA), Larry Mize (USA)

78: Shane Lowry (IRL), Fred Couples (USA), Jose Maria Olazabal (ESP), Matthew Fitzpatrick (ENG)

80: Ian Woosnam (WAL), Vijay Singh (FIJ)

81: Paul Casey (ENG)

82: Angel Cabrera (ARG)

Berita Harian X