Isnin, 4 Februari 2019 | 10:54am
Rickie Fowler mempamer trofi kejuaraan Terbuka Phoenix untuk gelaran jelajah PGA Amerika Syarikat kelima miliknya. - Foto AFP
Rickie Fowler mempamer trofi kejuaraan Terbuka Phoenix untuk gelaran jelajah PGA Amerika Syarikat kelima miliknya. - Foto AFP

Fowler julang gelaran Terbuka Phoenix

LOS ANGELES: Rickie Fowler terselamat pada sembilan lubang terakhir hari ini apabila melakukan tiga atas par 74 pukulan dan mengatasi Branden Grace seterusya menang golf Terbuka Phoenix untuk gelaran Jelajah PGA Amerika Syarikat kelima miliknya.

 

Fowler hilang kelebihan lima pukulan dalam saingan turun naik di sembilan lubang terakhir dan menang dengan catatan tertinggi dalam sejarah, namun tetap berjaya membuang masalah biasanya di TPC Scottsdale. 

Dia berjaya mengekalkan kelebihan selaku pendahulu dua kali sebelum ini, termasuk tahun lalu apabila menamatkan saingan terikat di kedudukan ke-11.

“Saya perlu bermain lebih baik dan bertarung. Bukanlah mudah di luar sana,” kata Fowler. “Saya gembira berjaya keluar daripada semua ini.

“Sudah lama tidak menang di sini. Ada banyak penamat yang bagus, tapi terlalu banyak tempat kedua.”

Catatan 17 bawah par untuk keseluruhan 267 pukulan sudah cukup untuk dia memenanginya dengan kelebihan dua pukulan berbanding pemain Afrika Selatan, Grace yang mendahului pada mulanya tetapi melakukan bogey pada lubang ke-17. - AFP

 

Rickie Fowler melakukan pukulan di lubang ke 11 pada pusingan terakhir Terbuka Phoenix, hari ini. - Foto AFP
Rickie Fowler melakukan pukulan di lubang ke 11 pada pusingan terakhir Terbuka Phoenix, hari ini. - Foto AFP

 

Berita Harian X