Sabtu, 2 Februari 2019 | 1:48pm
Rickie Fowler melakukan pukulan di lubang ke 15 pusingan kedua Jelajah PGA Terbuka Phonex, awal pagi ini. - Foto AFP
Rickie Fowler melakukan pukulan di lubang ke 15 pusingan kedua Jelajah PGA Terbuka Phonex, awal pagi ini. - Foto AFP

Fowler dahului Terbuka Phoenix

LOS ANGELES: Rickie Fowler melakukan birdie pada empat lubang terakhir untuk mencatat kelebihan satu pukulan ke atas rakan baiknya, Justin Thomas bagi mendahului selepas pusingan kedua Jelajah PGA Terbuka Phoenix, awal pagi ini.

“Ia sukar bermain dengan rakan baik kamu, mereka adalah orang kamu tidak mahu tewas,” kata Fowler selepas tamat pusingan kedua dengan catatan enam di bawah par 65 di TPC Scottsdale.

Catatan keseluruhannya 13 di bawah par 129 membolehkan dia berkelebihan satu pukulan ke atas Thomas yang merakam lima di bawah par 66 dengan 130.

Fowler sebelum itu berkongsi kedudukan pendahulu bersama Thomas – teman serumahnya minggu ini – dan Harold Varner yang mencatat dua di bawah par selepas melakukan tiga birdie dan bogey.

Di par tiga 16, yang menyaksikan ribuan penonton mengelilingi lapangan, dia memasukkan bola dari jarak 10 kaki.

Dia melakukan birdie dari jarak 13 kaki di lubang 17 dan melengkapkan pusingan dengan birdie dari jarak lapan kaki.

“Saya melakukan putt yang baik bagi menamatkan saingan hari ini,” kata Fowler.

Namun, pemain Amerika Syarikat itu sedar persaingan bagi memburu gelaran juara belum berakhir.

“Kami sudah memasuki pertengahan saingan dan kami akan terus bersaing hebat,” katanya.

Sementara itu, Thomas melakukan birdie terakhir daripada enam birdie yang dicatatkannya di lubang ke-15, kembali bangkit selepas bogey di lubang ke-14.

“Hanya melakukan bogey dalam 36 lubang adalah sesuatu yang positif,” kata Thomas yang terlepas melakukan par dari jarak 10 kaki. – AFP

Berita Harian X