Isnin, 7 Januari 2019 | 12:36pm
XANDER Schauffele ungguli trofi Kejohanan Juara-Juara, Siri Jelajah PGA, Amerika Syarikat (AS) di Lahaina. - Foto AFP
XANDER Schauffele ungguli trofi Kejohanan Juara-Juara, Siri Jelajah PGA, Amerika Syarikat (AS) di Lahaina. - Foto AFP

Schauffele pamer kebangkitan luar biasa julang trofi

LOS ANGELES: Xander Schauffele melakukan dua eagle bagi membolehkannya mencatat 11 bawah par 62 pada hari terakhir saingan, sekaligus menjulang trofi Kejohanan Juara-Juara, Siri Jelajah PGA, Amerika Syarikat (AS) dengan mendahului satu pukulan di hadapan Gary Woodland. 

Schauffele memulakan saingan hari kelima dengan lima pukulan di belakang pendahulu, Woodland dan memulakan permainan dengan melakukan bogey pada par 73 di lapangan golf di Kapalua, Hawaii.

 

Dia kemudiannya melakukan empat birdie pada lima lubang seterusnya, sebelum merakam eagle pertamanya pada lubang kesembilan. 

Pemain itu melakukan eagle dari 98 meter di lubang 12, birdie pada lubang ke-14 dan ke-15, serta menamatkan pusingan dengan birdie berturut-turut.

Aksi cemerlang itu memastikan Schauffele berjaya mengatasi rakan senegaranya itu dan turut mendahului pemenang major empat kali, Rory McIlroy dengan tiga pukulan sebelum memasuki pusingan terakhir.

“Jujurnya, ia adalah hari yang gila,” kata Schauffele selepas mengumpul keseluruhan 23 bawah par 269.

Woodland pula lakukan lima birdie bagi menjadikan catatan keseluruhan 270 pukulan.

Sementara itu, McIlroy yang berasal dari Ireland Utara tidak dapat mengubah apa-apa apabila menamatkan saingan dengan satu bawah par 72, yang meletakkannya terikat di kedudukan keempat, lapan pukulan di belakang pendahulu. 

Dia menamatkan saingan dengan 277 pukulan, bersama pemain Amerika Syarikat, Dustin Johnson dan Marc Leishman dari Australia. – AFP

Info: Keputusan pusingan terakhir

269 - Xander Schauffele (AS) 72-67-68-62

270 - Gary Woodland (AS) 67-67-68-68

274 - Justin Thomas (AS) 67-72-70-65

277 - Dustin Johnson (AS) 67-74-69-67, Marc Leishman (AUS) 68-70-68-71, Rory McIlroy (NIR) 69-68-68-72

278 - Bryson DeChambeau (AS) 69-68-70-71

279 - Webb Simpson (AS) 70-72-72-65, Jon Rahm (ESP) 70-71-69-69, Patton Kizzire (AS) 69-71-71-68

280 - Cameron Champ (AS) 71-68-74-67, Kevin Tway (AS) 66-71-72-71

281 - Jason Day (AUS) 69-71-75-66

282 - Charles Howell (USA) 74-70-69-69, Andrew Putnam (USA) 69-73-70-70

283 - Troy Merritt (USA) 73-71-69-70, Paul Casey (ENG) 73-71-68-71

284 - Ian Poulter (ENG) 71-69-73-71

 

Berita Harian X