Ahad, 6 Januari 2019 | 12:28pm
Gary Woodland dari Amerika Syarikat melakukan pukulan di lubang keempat pada pusingan ketiga Tournament of Champions Jelajah PGA Amerika Syarikat. - Foto AFP
Gary Woodland dari Amerika Syarikat melakukan pukulan di lubang keempat pada pusingan ketiga Tournament of Champions Jelajah PGA Amerika Syarikat. - Foto AFP

Woodland selesa atasi McIlroy

LOS ANGELES: Gary Woodland merakam eagle pada lubang ke-15, dengan mencatatkan lima bawah par 68, untuk mendahului saingan Kejohanan Juara-Juara, Siri Jelajah PGA, Amerika Syarikat (AS), hari ini.

Aksi cemerlang itu membolehkan Woodland mendahului tiga pukulan di depan pencabar utama, Rory McIlroy serta dua lagi pemain lain pada pusingan ketiga di Lapangan Plantation di Kapalua, Hawaii.

Bintang Ireland Utara, McIlroy, yang juga juara major empat kali, menyamakan kedudukan selepas melakukan birdie kelima pada pusingan itu di lubang ke-14, selepas melakukan bogey bersama Woodland di lubang ke-12.

Namun Woodland berjaya mengawal permainan di par lima lubang ke-15, apabila dia melakukan eagle putt sejauh 19.5 meter untuk mendahului dengan dua pukulan

Dia kemudian melakukan birdie lubang ke-18, untuk menamatkan saingan dengan 17 bawah par 202 keseluruhan.

“Saya bermain dengan baik,” kata Woodland, “Saya mahu melakukan beberapa putt pada awalnya.”

McIlroy, memulakan aksi di Kapalua buat kali pertama dan gagal mengambil peluang selepas mendahului dua par di sembilan lubang terakhir.

“Sepatutnya boleh melakukan lebih baik,” kata McIlroy. “Tetapi saya berjaya menyelamatkan diri di lubang kedua dan di lubang ke-16, jika tidak ia mungkin menjadi lebih buruk.”

Woodland bermain dengan rasa berat hati selepas mendapat perkhabaran mengenai kematian neneknya pada malam Jumaat lalu.

“Kami kehilangan nenek saya pada malam tadi. Itu menjadikan saya perlu kuatkan semangat supaya tidak terlalu mengikut perasaan. Ia adalah malam yang sukar, dan hari ini, adalah hari yang baik.” – AFP

Keputusan pusingan ketiga Tournament of Champions Jelajah PGA Amerika Syarikat:

202 - Gary Woodland (AS) 67-67-68

205 - Rory McIlroy (NIR) 69-68-68

206 - Marc Leishman (AUS) 68-70-68

207 - Xander Schauffele (AS) 72-67-68, Bryson DeChambeau (AS) 69-68-70

209 - Justin Thomas (AS) 67-72-70, Kevin Tway (AS) 66-71-72

210 - Dustin Johnson (AS) 67-74-69, Jon Rahm (ESP) 70-71-69

211 - Patton Kizzire (AS) 69-71-71

212 - Paul Casey (ENG) 73-71-68, Andrew Putnam (AS) 69-73-70

213 - Troy Merritt (AS) 73-71-69, Charles Howell (AS) 74-70-69, Ian Poulter (ENG) 71-69-73, Cameron Champ (AS) 71-68-74

214 - Webb Simpson (AS) 70-72-72

215 - Andrew Landry (AS) 69-75-71, Brandt Snedeker (AS) 75-69-71, Jason Day (AUS) 69-71-75

217 - Scott Piercy (AS) 76-72-69, Matt Kuchar (AS) 72-73-72, Patrick Reed (USA) 70-75-72, Francesco Molinari (ITA) 73-71-73

Berita Harian X