Ahad, 9 Disember 2018 | 12:04pm

Saingan tiga penjuru di Tiburon

MIAMI: Gary Woodland dan Charley Hoffman mengumpul lapan birdie untuk pusingan lapan bawah par 64 yang menyaksikan mereka terikat dengan dua lagi pasukan di tangga teratas selepas pusingan kedua kejohanan QBE Shootout, awal pagi tadi.

Gandingan dari Amerika Syarikat itu mencatat 19 bawah par 125 keseluruhan sekali gus terikat dengan pasangan Graeme McDowell-Emiliano Grillo dan Patton Kizzire-Brian Harman.

McDowell-Grillo – gandingan Ireland Utara dan Argentina – turut melakukan lapan birdie, termasuk lima berturut-turut bermula lubang ke-10 sebelum diakhiri dengan bogey lubang ke-15.

“Gandingan Emiliano menjadi hari ini,” kata McDowell. “Saya rasa lebih selesa.”

Dia mengakui kecewa dengan aksi perlahan mereka tetapi yakin akan tampil lebih meyakinkan menjelang pusingan akhir.

“Kami bermain amat bagus,” kata McDowell. “Saya tidak sabar untuk turun beraksi esok. Saya rasa jika kami terus bermain begini, kami akan mempunyai peluang.”

Kizzire dan Harman melakukan lima birdie, satu bogey dan satu eagle untuk pusingan 66.

Kevin Na dan Bryson DeChambeau yang berkongsi tangga teratas semalam, tergelincir satu pukulan di belakang pendahulu selepas melakukan pusingan 67 hasil tujuh birdie dan dua bogey. – AFP

Berita Harian X