X
Ahad, 21 Oktober 2018 | 8:00pm
BROOKS Koepka - Foto AFP
BROOKS Koepka - Foto AFP

Koepka bakal bergelar nombor satu dunia

JEJU, Korea Selatan: Juara major tiga kali Brooks Koepka akan memintas Dustin Johnson dan Justin Rose untuk menjadi pemain nombor satu dunia buat kali pertama selepas menjulang Piala CJ hari ini dengan kelebihan empat pukulan.

“Ia impian menjadi nyata,” kata Koepka selepas menamatkan pusingan akhir dengan lapan bawah par 64 pada acara Jelajah PGA AS di Korea Selatan, melakukan chip bagi birdie di lubang ke-16 untuk 21 bawah par keseluruhan.

"Tidak pernah terfikir akan menjadi pemain golf terbaik dunia,” kata Koepka. "Sesuatu yang menakjubkan apabila menduduki ranking pertama dunia menerusi kemenangan. Saya sentiasa mahu menjadi nombor satu dengan cara saya sendiri.”

Koepka, pemain Terbaik Jelajah PGA AS tahun ini mengumpul 267 pukukan keseluruhan untuk menjuarai kejohanan itu dan menghalang rakan senegara AS, Gary Woodland, yang melakar 11 birdie apabila membuat 63 pukulan pada pusingan akhir untuk mengumpul 271 pukulan.

Kopeka yang cemerlang tahun ini, menjuarai kejohanan major kedua dan ketiganya pada Terbuka AS dan PGA AS, berjaya mengatasi rasa gugup pada awal pusingan pertama di kelab yang terletak pulau peranginan Jeju.

Dia memulakan minggu ini di ranking ketiga selepas pemain Piala Ryder Johnson dan Rose, kedua-duanya tersingkir daripada kejohanan itu dan akan memintas kedua-duanya apabila ranking baru dikeluarkan esok.

"Saya cuba bertahan, menanti giliran memukul ke lubang. Saya sedar saya akan mempunyai peluang terbaik dan apabila tiba masanya, anda perlu memanfaatkannya,” katanya. – AFP

Berita Harian X