Selasa, 21 Ogos 2018 | 9:35pm
AKSI atlet gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi ketika beraksi pada disiplin melombol (Vault) dalam pusingan kelayakan pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Arena Jiexpo Kemayoran, hari ini. - Foto BERNAMA
AKSI atlet gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi ketika beraksi pada disiplin melombol (Vault) dalam pusingan kelayakan pada Sukan Asia Jakarta Palembang 2018 di Arena Jiexpo Kemayoran, hari ini. - Foto BERNAMA

Hajat Farah Ann tak kesampaian

JAKARTA: Harapan gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi untuk memperbaiki pencapaian tempat ketujuh dalam acara individu keseluruhan di Sukan Asia empat tahun lalu tidak kesampaian.

Selepas selesai melakukan empat rutin di Pusat Pameran Antarabangsa Jakarta, Kemayoran malam ini, dia terpaksa akur hanya menyamai pencapaiannya empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan.

Bagaimanapun, dia tetap berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkannya.

"Saya sangat berpuas hati kerana semuanya sempurna terutamanya dalam batang titian apabila tidak terjatuh. Saya mencuba teknik baharu buat kali pertama kali ini.

"Saya berjaya mengumpul 51,200 mata, ia adalah terbaik dilakukan pada tahun ini," katanya.

Persembahan yang dilakukannya turut melayakkan dia mara ke pusingan akhir dalam acara individu palang sejajar dengan 13.150 mata.

Rakan sepasukannya, Tan Ing Yueh turut mara ke final dalam acara individu senaman lantai dengan 12.600 mata.

Bagi kedudukan berpasukan pula, dia yang bergandingan bersama Ing Yueh dan Tracie Ang berada pada kedudukan keenam dan layak ke pusingan akhir yang berlangsung esok.

Berita Harian X