Sabtu, 23 Jun 2018 | 10:01am
Jordan Spieth melihat pukulan teenya di lubang ke-12 pusingan kedua, Kejohanan Travelers PGA AS. - Foto AFP
Jordan Spieth melihat pukulan teenya di lubang ke-12 pusingan kedua, Kejohanan Travelers PGA AS. - Foto AFP

Nasib berbeza Spieth, McIlroy

NEW YORK: Juara bertahan Jordan Spieth tercicir daripada senarai pendahulu dengan catatan tiga di atas par 73 pada pusingan kedua Kejohanan Travelers PGA AS tatkala Rory McIlroy terus mempamerkan aksi bertahan.

Juara bertahan Terbuka British, Spieth yang melakar 63 pukulan pada pusingan pertama, mencatat triple bogey pada lubang ke-13, lubang keempatnya pada hari itu dan menambah tiga bogey, satu eagle dan satu birdie untuk mengumpul empat di bawah par 136 keseluruhan.

McIlroy yang turut bermula di sembilan lubang terakhir seperti Spieth, bermula ketinggalan satu pukulan berbanding pendahulu untuk 69 pukulan dan mengumpul 133 keseluruhan, ketinggalan tiga pukulan berbanding pendahulu Brian Harman, pemain Amerika Syarikat yang mencatat 66 pukulan selepas 64 pada hari pertama.

"Saya mensia-siakan beberapa peluang di sana. Saya tidak memukul bola sebaik semalam. Pukulan masih baik cuma saya berasakan beberapa pukulan putt tidak begitu menjadi," kata McIlroy.

"Sepanjang hujung minggu, saya cuma memberi peluang kepada diri sendiri, membuat banyak pukulan ke fairway berbanding hari ini dan jika saya terus memberikan peluang, saya harap mampu mara lebih jauh."

Pukulan tee Spieth pada lubang ke-13 tersasar dan dikenakan penalti pukulan, sebelum pukulan keempatnya jatuh ke air. Dia akhirnya berjaya memukul ke green pada pukulan keenam disusuli dua lagi putt untuk triple bogey.

Pukulan tee di lubang ke-15 sekali lagi jatuh ke air manakala pukulan ketiganya jatuh ke kawasan rough untuk bogey.

Harman, naib juara Terbuka AS tahun lalu, memburu gelaran PGA AS ketiga selepas John Deere Classic 2014 dan Kejohanan Wells Fargo tahun lalu.

Harman turut memulakan aksi di sembilan lubang terakhir dan mencatat tiga bogey dan tiga birdie sebelum sembilan lubang berikutnya dan kemudiannya mencatat empat birdie daripada tujuh lubang pertama, paling cemerlang menerusi putt sejauh 25 kaki di lubang keempat.

Pemain AS itu mendahului satu pukulan berbanding Matt Jones (66), Russell Henley (65) dan Zach Johnson (68) yang berkongsi tangga kedua dengan sembilan di bawah par 131 keseluruhan. - AFP

Berita Harian X