Isnin, 28 Mei 2018 | 12:41pm
Kuala Lumpur muncul juara Kejohanan Polo Air Jemputan Antarabangsa kali pertama Perak 2018 berakhir di Kompleks Renang Amanjaya. - Foto Azizan Hashim
Kuala Lumpur muncul juara Kejohanan Polo Air Jemputan Antarabangsa kali pertama Perak 2018 berakhir di Kompleks Renang Amanjaya. - Foto Azizan Hashim

KL juara polo air Jemputan Antarabangsa Perak

IPOH: Pasukan Kuala Lumpur (KL) muncul juara keseluruhan Kejohanan Polo Air Jemputan Antarabangsa Perak 2018 yang berakhir di Kompleks Renang Amanjaya, semalam. 

Ia merangkul kejuaraan berkenaan selepas muncul juara bagi kategori lelaki bawah 19 tahun apabila mengutip maksimun 12 mata daripada empat perlawanan. 

Dalam kejohanan tiga hari itu, pasukan KL mengatasi Perak 17-10, 13-11 dan Northern Water Polo Center, (NWPC), Chiangmai, Thailand, 13-12, 12-11. 

Perak menduduki tempat kedua berdasarkan perbezaan jaringan selepas menumpaskan NWPC 11-4 tetapi tumpas pertemuan kedua 6-11. 

Dalam kategori lelaki bawah 17, NPWC muncul juara selepas mengatasi KL melalui perbezaan jaringan. 

Kedua-dua pasukan mengutip 10 mata hasil tiga kali menang dan kalah sekali kepada lawan masing-masing. 

NPWC menang pertemuan pertama dengan KL 11-5 tetapi tumpas perlawanan kedua 5-6.

Pasukan dari Thailand itu menumpaskan Perak 15-5 dan 7-8. 

Sementara itu, KL menundukkan Perak 15-10 dan 9-6. 

Singapura muncul juara kategori wanita terbuka selepas menang semua perlawanannya. 

Ia menumpaskan wakil Malaysia (NEREIDS) yang muncul naib juara selepas tewas 9-7, 8-4, serta Sri Lanka dengan keputusan 28-5 dan 14-4.  

NEREIDS pula mengatasi Sri Lanka 21-7 dan 21-6.

Berita Harian X