Isnin, 7 Mei 2018 | 10:36am
PARK Sung-hyun muncul juara LPGA Texas Classic selepas melakukan birdie di lubang terakhir.
PARK Sung-hyun muncul juara LPGA Texas Classic selepas melakukan birdie di lubang terakhir.

Park takluk LPGA texas

CHICAGO: Juara bertahan Terbuka Amerika Syarikat, Park Sung-hyun dari Korea Selatan muncul juara LPGA Texas Classic selepas melakukan birdie di lubang terakhir untuk mengatasi saingan pencabar terdekat, Lindy Duncan dalam perlawanan yang ditamatkan lebih awal akibat ribut.

Park, 24, yang menduduki ranking kelima dunia melakukan lima bawah par 66 untuk menamatkan aksi dengan 11-bawah 131 dan diekori rapat Lindy dengan catatan tiga birdie berturut-turut dengan bintang muda China, Liu Yu di tempat ketiga dalam perlawanan yang berlangsung di Old American Golf Club.

Liu seperti Lindy juga meraih kejayaan terbaik dalam karier LPGA masing-masing.

"Saya tahu ia pukulan yang penting," kata Park. "Pukulan itu dalam situasi sukar dan saya bangga dapat melakukannya."

Kejayaan itu adalah trofi LPGA ketiga buat Park yang meraih kejayaan utama pertama pada Julai tahun lalu pada Terbuka di Trump National dan Terbuka Wanita Kanada enam minggu selepas itu.

Pemain Thailand, Ariya Jutanugarn dan pemain Korea, Korea Kim Sei-young berkongi tempat keempat bersama seorang lagi pemain Korea, Jenny Shin dan Aditi Ashok dari India dengan catatan 135.

Sementara itu, Lindy yang menduduki tempat kedua meraih kejayaan terbaik dalam kariernya.

"Hari yang sangat baik. Minggu gila tetapi ia kejohanan yang hebat," kata Lindy.

Kejohanan itu terpaksa dikurangkan daripada 72 lubang kepada 36 selepas hujan lebat pada Khamis memaksa perlawanan dibatalkan. Aksi pada Jumaat pula ditangguhkan selama lapan jam akibat hujan. Beberapa pemain terpaksa beraksi untuk kedua-dua pusingan pada Sabtu lalu. - AFP

Berita Harian X