Ahad, 11 Februari 2018 | 2:36pm
JOHNSON lakukan birdie dari jarak 10 kaki. -Foto AFP
JOHNSON lakukan birdie dari jarak 10 kaki. -Foto AFP

Johnson, Potter kongsi pendahulu golf Pebble Beach

SAN FRANCISCO: Pemain nombor satu dunia, Dustin Johnson melakukan birdie dari jarak 10 kaki di lubang ke-18 untuk berkongsi kedudukan pendahulu bersama Ted Potter Jr dengan 59 pada saingan Kejohanan Golf Pebble Beach National Pro-Am, hari ini.

 

Johnson merakamkan eagle dan empat birdie yang menyaksikan dia mencatat dua di bawah par 70 di Pebble Beach Golf Links - salah satu daripada tiga kejohanan yang digunakan untuk tiga pusingan pertama Jelajah PGA.

 

Potter merakamkan par 71 tatkala memulakan saingan di lubang 10 dan bermain tujuh lubang pertama dengan catatan tujuh di bawah par dengan lima birdie dan eagle.

 

Dia menambah empat lagi birdie selepas mendahului secara solo dan mencatat keseluruhan pusingan 11 di bawah par. Dia memerlukan satu lagi birdie untuk melakar sejarah bagi melakukan 60 pukulan dalam sejarah Jelajah PGA Amerika Syarikat.

 

Bagaimanapun, dia melakukan bogey berturut-turut untuk menamatkan saingan sembilan di bawah par 62 sekali gus berkongsi kedudukan dengan Johnson, 14 di bawah par 201.

 

Pada aksi pusingan terakhir, dia akan memulakan saingan bersama Johnson - yang membuka tirai kalendar 2018 dengan menjuarai Pertandingan Juara-Juara bulan lalu, selain bekas pemain nombor satu dunia, Jason Day dari Australia.

 

"Saya bermula dengan baik. Biarpun bermain sangat baik di sembilan lubang terakhir dengan melakukan beberapa birdie yang baik dan melakukan putt dengan baik tetapi ada yang tidak masuk.

 

"Beberapa bogey yang saya lakukan adalah mengecewakan. Tiupan angin memberi sedikit cabaran kepada saya. Apa pun, secara keseluruhannya saya bermain dengan baik, saya bertambah yakin menjelang aksi pusingan terakhir, esok," kata Johnson. - AFP

KEPUTUSAN

201 - Ted Potter Jr 68-71-62, Dustin Johnson 67-64-70

203 - Jason Day (AUS) 69-65-69, Troy Merritt 67-67-69

204 - Steve Stricker 69-65-70, Patrick Rodgers 70-65-69, Jon Rahm 67-67-70

205 - Chez Reavie 67-72-66

206 - Kevin Streelman 65-69-72, Brian Gay 69-69-68, Beau Hossler 65-67-74, Phil Mickelson 69-65-72

207 - Kevin Na 70-68-69, Paul Casey (ENG) 67-70-70, Pat Perez 68-70-69

208 - Daniel Summerhays 70-68-70, Tyrone Van Aswegen (RSA) 67-68-73, Russell Knox (SCO) 71-70-67, K.J. Choi (KOR) 69-70-69, Russell Henley 68-70-70, Aaron Wise 65-69-74, William McGirt 73-69-66, Bae Sang-moon (KOR) 71-69-68, Peter Malnati 67-69-72, Jordan Spieth 72-66-70, Rafa Cabrera Bello (ESP) 69-69-70, Shane Lowry (IRL) 67-73-68, Stephan Jaeger (GER) 68-71-69

Berita Harian X