X
Rabu, 24 Januari 2018 | 10:40pm
KETUA kontinjen negara, Huang Ying How (berdiri tiga, kiri) bersama atlet dan jurulatih pasukan gimrama negara pada sesi lawatan CDM ke Sukan Komanwel Gold Coast 2018 ke sesi latihan dan persiapan para atlet negara di Majlis Sukan Negara, hari ini. - Foto BERNAMA

Nama 3 gimnas ke Komanwel diketahui Selasa

KUALA LUMPUR: Tiga gimnas terbaik yang akan menggalas cabaran negara dalam acara gimnastik berirama (gimrama) pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia akan diketahui selepas sesi pemilihan terakhir, Selasa ini.

Pengurus pasukan Corine Beh berkata pihaknya mempunyai empat gimnas terbaik dalam senarai akhir namun hanya tiga akan terpilih berdasarkan peraturan yang ditetapkan penganjur temasya sukan itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi lawatan ketua kontinjen negara, Huang Ying How ke kem latihan skuad gimrama, gimnastik dan ping pong di Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini.

Pada temasya Sukan Komanwel dari 4 hingga 15 April ini, skuad negara akan dibarisi sembilan atlet keseluruhannya iaitu dua gimnas lelaki dan empat gimnas wanita dalam acara artistik dan tiga atlet gimrama. - BERNAMA

Berita Harian X