Isnin, 15 Januari 2018 | 2:06pm
PATTON Kizzire bersama isteri selepas merangkul kejuaraan kedua dalam Jelajah PGA AS musim ini pada Terbuka Sony di Hawaii, awal pagi tadi. - Foto AFP
PATTON Kizzire bersama isteri selepas merangkul kejuaraan kedua dalam Jelajah PGA AS musim ini pada Terbuka Sony di Hawaii, awal pagi tadi. - Foto AFP

Kizzire atasi Hahn juarai Terbuka Sony

LOS ANGELES: Patton Kizzire melakukan par pada lubang playoff keenam awal pagi tadi untuk mengalahkan James Hahn sekali gus merangkul kejuaraan kedua dalam Jelajah PGA AS musim ini pada Terbuka Sony di Hawaii.

Playoff enam lubang itu melengkapkan hari yang mana Kizzire perlu bersabar di Waialae di Honolulu.

Pemain AS itu membenam par pada sembilan lubang pertama sebelum eagle pada lubang ke-10 membantunya berkongsi sebagai pendahulu.

Selepas satu lagi birdie dan satu bogey dia menamatkan aksi dengan 68 bagi 17 bawah par 263 keseluruhan.

PATTON Kizzire ketika melakukan pukulan pada Terbuka Sony di Hawaii. - Foto AFP
PATTON Kizzire ketika melakukan pukulan pada Terbuka Sony di Hawaii. - Foto AFP

Hahn sudah berada di rumah kelab dengan 17 bawah par selepas catatan mengagumkan 62 pada pusingan akhir dan mereka memerlukan setengah dozen lubang lagi sebelum pemenang diketahui.

"Ia tidak semestinya bagus tapi seronok untuk berakhir sebagai pemenang," kata Kizzire.

"James bertindak hebat pada pusingannya hari ini."

PEMAIN AS, James Hahn ketika melakukan pukulan pada Terbuka Sony di Hawaii. - Foto AFP
PEMAIN AS, James Hahn ketika melakukan pukulan pada Terbuka Sony di Hawaii. - Foto AFP

Kizzire, yang menang di Mayakoba di Mexico November lalu, muncul pemenang pertama memenangi dua kejuaraan dalam jelajah itu bagi musim 2017-18 apabila dia menamatkan cabaran Hahn di lubang ke-17 par-tiga.

"Ia playoff maraton," ujar Kizzire.

"Saya berharap dapat melakukan eagle pada lubang pertama playoff tapi ia berakhir dengan pantas dan saya terfikir untuk menggunakan peluang sebaik mungkin." - AFP

Berita Harian X