Sabtu, 6 Januari 2018 | 1:05pm
DUSTIN Johnson menghampiri satu pukulan di belakang pendahulu Marc Leishman dan Brian Harman dalam Pertandingan Juara-Juara Sentry di Hawaii hari ini. - Foto AFP
DUSTIN Johnson menghampiri satu pukulan di belakang pendahulu Marc Leishman dan Brian Harman dalam Pertandingan Juara-Juara Sentry di Hawaii hari ini. - Foto AFP

Johnson laung amaran

Los Angeles: Dustin Johnson memberi peringatan dia masih pemain nombor satu dunia apabila menghampiri satu pukulan di belakang pendahulu Marc Leishman dan Brian Harman dalam Pertandingan Juara-Juara Sentry di Hawaii hari ini.

Johnson bangkit daripada permulaan hambar untuk melakar tujuh birdie untuk mencatat lima di bawah par 68 di lapangan Kapalua Plantation di pulau Maui.

Dia hampir berkongsi kedudukan pendahulu apabila Leishman dan Harman masing-masing melakukan birdie pada lubang ke-18 yang menuruni kawasan pergunungan Maui Barat.

Leishman (69) dan Harman (68) mengumpul 10 di bawah par 136 keseluruhan. Mereka turut cemerlang ketika berdepan keadaan yang bermula dengan angin kuat dari pergunungan yang beransur perlahan lewat hari itu.

"Saya bermula dengan teruk, melakukan bogey pada lubang ketiga dan keempat dari pertengahan fairway," kata Johnson yang juga juara 2013, yang tidak pernah melepasi par di lapangan itu.

"Saya membuat pukulan yang baik tetapi catatan mata kurang memuaskan.

"(Birdie pada lubang keenam, kelapan dan kesembilan) membantu saya kembali mendapatkan rentak sebelum mempamer aksi cemerlang pada sembilan lubang kedua."

Johnson tidak pernah mendapat liputan utama sejak tersingkir dari kejohanan Masters April lalu, iaitu kejohanan yang sepatutnya meletakkannya sebagai pilihan utama selepas mencatat tiga kejuaraan berturut-turut.

Bagaimanapun dia sudah melakukan yang terbaik untuk meletakkan dirinya di puncak ranking pada akhir tahun. - Reuters

Berita Harian X