Isnin, 4 Disember 2017 | 10:01am
TIGER Woods melakukan eagle dan enam birdie untuk menamatkan saingan 72 lubang dengan lapan bawah par 280 pada Cabaran Dunia Hero di Bahamas.
TIGER Woods melakukan eagle dan enam birdie untuk menamatkan saingan 72 lubang dengan lapan bawah par 280 pada Cabaran Dunia Hero di Bahamas.
TIGER Woods ketikka melakukan pukulan pada lubang ke-16 pusingan akhir Cabaran Dunia Hero di Bahamas.
TIGER Woods ketikka melakukan pukulan pada lubang ke-16 pusingan akhir Cabaran Dunia Hero di Bahamas.

Woods kembali tunjuk peningkatan

MIAMI: Tiger Woods menandakan kemunculan semulanya dalam kejohanan dengan persembahan baik empat bawah par 68 hari ini ketika Rickie Fowler memenangi Cabaran Dunia Hero di Bahamas.

Bekas pemain nombor satu dunia itu yang pernah memikirkan masalah belakang dihadapinya mungkin akan menyebabkan dia mengakhiri karier, melakukan eagle dan enam birdie untuk menamatkan saingan 72 lubang dengan lapan bawah par 280.

Keputusan itu tidak mampu menyaingi Fowler, yang melakukan rekod lapangan dengan 61 pukulan pada par 72 di Albany Golf Club.

TIGER Woods melakukan eagle dan enam birdie untuk menamatkan saingan 72 lubang dengan lapan bawah par 280 pada Cabaran Dunia Hero di Bahamas.
TIGER Woods melakukan eagle dan enam birdie untuk menamatkan saingan 72 lubang dengan lapan bawah par 280 pada Cabaran Dunia Hero di Bahamas.

Fowler menamatkan saingan empat pukulan di depan rakan senegara dari Amerika Syarikat, Charley Hoffman, pendahulu sebelumnya dengan lima pukulan yang mencatatkan 72 pukulan untuk keseluruhan 274.

Jordan Spieth terikat di tangga ketiga apabila melakukan pusingan akhir dengan 69 pukulan, berkongsi 276 pukulan dengan pemain England, Tommy Fleetwood yang melakukan 67 pukulan.

PEMENANG Cabaran Dunia Hero, Rickie Fowler (kanan) bersama Tiger Woods selepas menjuarai pusingan final. - Foto AFP
PEMENANG Cabaran Dunia Hero, Rickie Fowler (kanan) bersama Tiger Woods selepas menjuarai pusingan final. - Foto AFP

Woods terikat di tangga kesembilan dengan Matt Kuchar dalam saingan tidak rasmi 18 pemain.

"Secara keseluruhan saya gembira. Saya menunjukkan tanpa yang bagus," kata Woods sambil menjelaskan ia menunjuk ke arah "masa depan yang cerah." - AFP

Berita Harian X