X
Ahad, 3 Disember 2017 | 9:08am
TIGER Woods bergelut pada Cabaran Dunia Hero apabila mencatat empat daripada lima bogey pada tujuh lubang pertama untuk menamatkan saingan tiga di atas par 75.
TIGER Woods bergelut pada Cabaran Dunia Hero apabila mencatat empat daripada lima bogey pada tujuh lubang pertama untuk menamatkan saingan tiga di atas par 75.

Woods bergelut di Cabaran Dunia Hero

BAHAMAS: Permulaan bermasalah yang dipenuhi bogey terbukti memberi kesan terhadap Tiger Woods ketika dia bergelut pada Cabaran Dunia Hero di Bahamas hari ini.

Selepas dua pusingan yang bagus, ramai pengikut percaya Tiger sudah kembali, namun bekas pemain nombor satu dunia itu kemudiannya bergelut apabila mencatat empat daripada lima bogey pada tujuh lubang pertama untuk menamatkan saingan tiga di atas par 75.

Ia menyebabkan Woods terikat di tangga ke-10 dengan empat bawah par 212, 10 pukulan ketinggalan di belakang Charley Hoffman dalam kejohanan pertamanya sepanjang 10 bulan selepas pembedahan belakang.

TIGER Woods terikat di tangga ke-10 dengan empat bawah par 212, 10 pukulan ketinggalan di belakang Charley Hoffman dalam kejohanan pertamanya sepanjang 10 bulan selepas pembedahan belakang. - Foto AFP

Hanya dalam lima lubang terakhir, dua kali Woods mencatat birdie dan sedikit terlepas yang ketiga pada lubang terakhir ketika pemain berusia 41 tahun itu cuba menunjukkan dia sekali lagi mampu menjadi yang terbaik.

Cuaca berangin menyukarkan pemain mencatatkan pukulan bawah par di lapangan Albany dengan pendahulu sebelumnya Hoffman antara segelintir pemain beraksi baik, mencipta kelebihan lima pukulan selepas birdie pada lubang ke-18 untuk dua bawah par 70 dan 202 pukulan keseluruhan.

Pemain England, Justin Rose (71) dan Jordan Spieth (72) terikat di tangga kedua dengan sembilan bawah par 207, satu pukulan di depan pemain Itali, Francesco Molinari (71). - REUTERS

JUSTIN Rose ketika beraksi pada Cabaran Dunia Hero. - Foto AFP
JUSTIN Rose ketika beraksi pada Cabaran Dunia Hero. - Foto AFP

Berita Harian X