Sabtu, 2 Disember 2017 | 8:15am
TIGER Woods mempamerkan aksi membanggakan pada kejohanan Cabaran Dunia Hero selepas sembilan lubang pertama. - Foto AFP
TIGER Woods mempamerkan aksi membanggakan pada kejohanan Cabaran Dunia Hero selepas sembilan lubang pertama. - Foto AFP

Woods kekal momentum

MIAMI: Tiger Woods mencatat empat di bawah par 68 untuk terus kekal dalam saingan ketika membuat kemunculan semula pada kejohanan Cabaran Dunia Hero di Bahamas, awal pagi tadi.

Bintang handalan berusia 41 tahun itu yang beraksi buat pertama kali dalam tempoh hampir 10 bulan, mempamerkan aksi membanggakan di Kelab Golf Albany selepas sembilan lubang pertama.

Juara kejohanan utama 14 kali itu mencatat lima di bawah par selepas mencatat tiga birdie dan satu eagle pada sembilan lubang pertama untuk mengumpul lapan di bawah par keseluruhan.

Bagaimanapun momentum Woods lebur pada sembilan lubang kedua, apabila dua bogey yang dilakukan menyebabkannya menamatkan saingan dengan tujuh di bawah par keseluruhan.

TIGER Woods mencatat empat di bawah par 68 untuk terus kekal dalam saingan di Kelab Golf Albany. - Foto AFP
TIGER Woods mencatat empat di bawah par 68 untuk terus kekal dalam saingan di Kelab Golf Albany. - Foto AFP

Masih banyak yang perlu dilakukan Woods pada hujung minggu ini apabila pendahulu kejohanan Charley Hoffman mencatat sembilan di bawah par 63 untuk mengumpul 12 di bawah par keseluruhan.

Namun Woods tetap berpuas hati dengan aksi sempurna pada kejohanan itu selepas berehat hampir dua tahun untuk merawat kecederaan belakang.

"Saya fikir ia satu kejayaan kerana saya membuat 31 pukulan pada sembilan lubang pertama," kata Woods.

PENDAHULU kejohanan, Charley Hoffman mencatat sembilan di bawah par 63 untuk mengumpul 12 di bawah par keseluruhan. - Foto AFP
PENDAHULU kejohanan, Charley Hoffman mencatat sembilan di bawah par 63 untuk mengumpul 12 di bawah par keseluruhan. - Foto AFP

"Saya teruskan apa yang dilakukan semalam. Saya perbaiki apa yang patut. Saya hanya menghadapi masalah dengan kelajuan bola di green. Ia kelihatan agak laju."

Woods berpuas hati dengan tahap kecergasannya selepas pembedahan tulang belakang pada April.

"Ia membuktikan pembedahan itu berjaya dan pemulihan berjalan lancar. Saya berpeluang untuk kembali dalam aksi golf kompetitif," kata Woods. -AFP

Berita Harian X