Ahad, 24 September 2017 | 11:30am
PAUL Casey melakukan pukulan pada pusingan ketiga saingan golf Kejuaraan Jelajah. - Foto AFP
PAUL Casey melakukan pukulan pada pusingan ketiga saingan golf Kejuaraan Jelajah. - Foto AFP
PAUL Casey melakukan pukulan pada pusingan ketiga saingan golf Kejuaraan Jelajah. - Foto AFP
PAUL Casey melakukan pukulan pada pusingan ketiga saingan golf Kejuaraan Jelajah. - Foto AFP

Casey dahului Kejuaraan Jelajah

ATLANTA: Paul Casey muncul selaku pendahulu saingan golf Kejuaraan Jelajah selepas pemain Inggeris itu menamatkan pusingan ketiga dengan kelebihan dua pukulan, semalam.

Casey, 40, yang terlepas kelahiran anak keduanya untuk bermain di dua kejohanan final playoff Piala FedEx, melakukan lima bawah par 65 untuk mendahului Xander Schauffele dan Kevin Kisner.

"Saya perlu menang Kejuaraan Jelajah untuk menjuarai Piala FedEx," kata Casey. "Bagi saya, apa yang paling penting ialah cuba untuk fokus memenangi Kejuaraan Jelajah dan Piala FedEx serta berharap dapat melakukannya."

Casey yang memburu gelaran kedua Jelajah PGA melakukan keseluruhan 12 bawah par 198 bagi kejohanan terakhir dalam Jelajah PGA 2017 berkenaan.

Kisner melakukan 64 manakala muka baharu, Schauffele (65) untuk berkongsi kedudukan kedua dengan 10 bawah par 200.

Terikat di kedudukan keempat dengan 203 ialah penyandang juara PGA Justin Thomas (70), Patrick Reed (69) dan juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) Brooks Koepka (68).

Casey tidak pernah memenangi Jelajah PGA dalam tempoh lapan tahun, namun pada musim ini dia menampilkan permainan yang konsisten.

Seandainya dia mampu meneruskan rentak pada pusingan terakhir nanti, gelaran Piala FedEx dengan bonus AS$10 juta (RM41.98 juta) adalah antara ganjaran yang menantinya.

Casey memulakan saingan di kedudukan ke-10, namun dia bukan saja memerlukan kemenangan untuk membawa pulang hadiah lumayan berkenaan, malah turut berharap beberapa nama besar beraksi dengan buruk.

"Saya diberitahu mengenai senario apa yang mungkin berlaku dan saya berkata kesemuanya tidak relevan jika saya tidak melakukan tugas dengan baik," kata Casey.

"Jadi bagi saya, fokus kepada satu-satu perkara. Saya tidak boleh mengawal orang lain." - AFP

Berita Harian X