Sabtu, 23 September 2017 | 10:28am
JUSTIN Thomas ketika melakukan pukulan pada lubang ke-16. - Foto AFP
JUSTIN Thomas ketika melakukan pukulan pada lubang ke-16. - Foto AFP

Thomas dahului hari kedua Jelajah Kejuaraan

ATLANTA: Justin Thomas membenam eagle pada lubang ke-18 par lima untuk melakukan 66 pukulan pada hari kedua, sekali gus berkongsi kedudukan pendahulu Jelajah Kejuaraan bersama pemain England, Paul Casey dan Webb Simpson.

Ketiga-tiga pemain mengumpul keseluruhan tujuh bawah par 122 selepas dua pusingan pada kejohanan terakhir playoff Jelajah PGA 2017 yang berlangsung di lapangan East Lake itu.

Simpson dan Casey masing-masing melakukan tiga bawah par 67 selepas memulakan permainan di tangga kedua, dengan Thomas yang menjuarai Kejuaraan PGA dan memenangi liga kejohanan musim ini melakukan pukulan menakjubkan pada lubang terakhir.

JUSTIN Thomas ketika melakukan pukulan pada lubang ke-8. - Foto AFP
JUSTIN Thomas ketika melakukan pukulan pada lubang ke-8. - Foto AFP

"Saya benar-benar merasa seperti saya bermain atau mempunyai peluang untuk melakukan pukulan yang amat rendah hari ini atau melakukan jumlah pukulan yang baik di sini," kata Thomas.

"Saya memperoleh beberapa pukulan putt yang baik yang saya sendiri tidak tahu mengapa ia tidak masuk."

Terikat di tangga keempat dengan enam bawah par 134 ialah Patrick Reed, pemain England Justin Rose (66), Gary Woodland (67) dan pemain Sepanyol, Jon Rahm (67).

Muka baharu, Xander Schauffele (66), juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Brooks Koepka (69) dan Jason Dufner (67) berkongsi di tangga kelapan selepas melakukan lima bawah par 133.

Thomas, 24, berpeluang membawa pulang bonus kemenangan AS$10 juta (RM41.98 juta) Piala FedEx jika memenangi kejuaraan itu.

"Bagus apabila segala-galanya berada di tangan saya sendiri dan saya tahu jika saya memberi tumpuan kepada apa yang perlu saya lakukan, ia pasti berakhir," kata pemain kelahiran AS itu yang menamatkan saingan tahun lalu di tangga keenam.

Sementara itu, pilihan utama Piala FedEx, Justin Spieth terikat di tangga ke-15 selepas melakukan 70 pukulan. - AFP

Berita Harian X