AL RAYYAN: Dua percubaan Denmark terkena tiang gol di babak kedua permainan ketika mereka terikat 0-0 menentang Tunisia dalam aksi pembukaan Kumpulan D Piala Dunia di Stadium Education City, sebentar tadi.
Diiringi sorakan gemuruh ribuan penyokong sepanjang perlawanan, Tunisia menyaksikan jaringan Issam Jebali dibatalkan kerana ofsaid pada minit ke-23, walaupun Denmark yang lebih kerap menyerang di babak pertama.
Denmark menggandakan asakan di babak kedua dengan percubaan kaki kiri Christian Eriksen diselamatkan penjaga gol, Aymen Dahmen pada minit ke-69.
Tandukan Andreas Cornelius juga gagal meletakkan Denmark di depan apabila sekadar terkena tiang.
Barisan benteng pertahanan Tunisia cukup sukar ditembusi Denmark dan mereka juga berbahaya dalam serangan balas.
Selepas ini Tunisia akan berdepan Australia, manakala Denmark bertemu Perancis. - REUTERS