Selasa, 22 November 2022 | 8:25pm
Pemain tengah Arab Saudi, Salem Al-Dawsari (tiga kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol kedua pada aksi Kumpulan C saingan Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail, Lusail, utara Doha, sebentar tadi. Arab Saudi cipta kejutan besar menewaskan Argentina, 2-1. - Foto AFP

Arab Saudi cipta kejutan besar Piala Dunia

DOHA: Arab Saudi melakar salah satu kejutan terbesar dalam sejarah Piala Dunia apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan juara dua kali, Argentina 2-1 pada aksi pembukaan Kumpulan C di Stadium Lusail, dekat sini, sebentar tadi.

Menghuni ranking ke-51 dunia, Arab Saudi tampak bakal menjadi pasukan belasahan selepas Lionel Messi membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi sepakan penalti.

Aksi pasukan Arab Saudi menentang Argentina pada perlawanan Kumpulan C saingan Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail, Lusail, utara Doha, sebentar tadi. Arab Saudi cipta kejutan besar menewaskan Argentina, 2-1. - Foto AFP

Argentina seharusnya selesa pada babak pertama namun tiga jaringan mereka dibatalkan kerana ofsaid.

Arab Saudi bangkit selepas rehat dalam tempoh 10 minit menerusi jaringan penyamaan Saleh Al-Shehri sebelum Salem All Dawsari meledak gol kemenangan.

Aksi pasukan Arab Saudi menentang Argentina pada perlawanan Kumpulan C saingan Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail, Lusail, utara Doha, sebentar tadi. Arab Saudi cipta kejutan besar menewaskan Argentina, 2-1. - Foto AFP
Aksi pasukan Arab Saudi menentang Argentina pada perlawanan Kumpulan C saingan Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail, Lusail, utara Doha, sebentar tadi. Arab Saudi cipta kejutan besar menewaskan Argentina, 2-1. - Foto AFP

Bukan setakat klinikal dalam menyerang tetapi skuad Green Falcons bertahan dengan baik apabila berjaya menyekat jentera serangan Argentina yang dibarisi bintang untuk kemenangan keempat mereka di pentas Piala Dunia.

Anak buah Lionel Scaloni hadir di Qatar sebagai antara pasukan pilihan dengan rekod tanpa kalah dalam 36 perlawanan termasuklah menjuarai Copa America 2021.

- AGENSI

Aksi pasukan Arab Saudi menentang Argentina pada perlawanan Kumpulan C saingan Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail, Lusail, utara Doha, sebentar tadi. Arab Saudi cipta kejutan besar menewaskan Argentina, 2-1. - Foto AFP
Aksi pasukan Arab Saudi menentang Argentina pada perlawanan Kumpulan C saingan Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail, Lusail, utara Doha, sebentar tadi. Arab Saudi cipta kejutan besar menewaskan Argentina, 2-1. - Foto AFP

Berita Harian X