Isnin, 21 November 2022 | 1:31pm
Penyokong Argentina sudah bersedia memberi sokongan kepada pasukan mereka apabila turun menentang Arab Saudi pada aksi pembukaan Piala Dunia esok. - EPA
Penyokong Argentina sudah bersedia memberi sokongan kepada pasukan mereka apabila turun menentang Arab Saudi pada aksi pembukaan Piala Dunia esok. - EPA
epa10315888 Fans of Argentina pose at the waterfront near the traditional market Souq Waqif in Doha, Qatar, 20 November 2022. Argentina will face Saudi Arabia in their FIFA World Cup 2022 group C match on 22 November. EPA/ABEDIN TAHERKENAREH

Argentina, Messi dijangka mudah 'telan' Arab Saudi

DOHA: Argentina tampak memulakan kempen Piala Dunia, esok dengan jalan mudah berdasarkan prestasi semasa selain rekod buruk Arab Saudi dalam perlawanan pembukaan.

Wakil Amerika Selatan itu tidak tewas dalam 36 perlawanan dan diperkuat dengan penjaring terbanyak mereka, Lionel Messi yang tampil dalam Piala Dunia buat kali kelima dan terakhir.

Messi masih memburu kejuaraan Piala Dunia bagi meletakkan dia sebaris dengan legenda, Diego Maradona.

"Saya sentiasa melihat dia... bersemangat untuk menikmati Piala Dunia," kata jurulatih, Lionel Scaloni yang cuba mengurangkan tekanan ke atas tonggak utama pasukan itu.

"Dia gembira bersama rakan sepasukan, pada sesi latihan dan sepanjang proses bersama skuad kebangsaan."

Arab Saudi pula berada 48 anak tangga di belakang Argentina dan tewas di tangan Venezuela, Colombia dan Croatia dalam beberapa siri aksi persahabatan.

Rekod mereka pada aksi pembukaan Piala Dunia juga buruk di mana mereka tewas 5-0 di tangan Russia pada 2018 dan 8-0 di tangan Jerman pada 2002.

Bagaimanapun, mereka yang tampil buat kali keenam pada Piala Dunia mara ke pusingan 16 terbaik pada 1994 mengesahkan tiket ke Qatar dengan mengungguli kumpulan mereka di atas Jepun.

"Saya lihat negara yang penuh dengan pemain muda dan berbakat. Kita berjaya mencapai sasaran pertama

"Jadi kita perlu terus bekerja keras mencapai misi seterusnya," kata jurulatih Arab Saudi, Herve Renard. -REUTERS

Berita Harian X