Selasa, 25 Oktober 2022 | 8:40am
 (dari kiri) Bintang Real Madrid, Luka Modric; bekas bintang Sepanyol, Iker Casillas; penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois sambil memperaga trofi Yashin; bintang Real Madrid, Karim Benzema turut mempamerkan trofi Ballon d'Or dan bekas bintang Perancis, Zinedine Zidane berfoto sebelum aksi Real Madrid CF menentang Sevilla FC di Stadium Santiago Bernabeu, Madrid pada 22 Oktober lalu . - Foto AFP

Real ketepi Benzema, Modric jumpa Leipzig

MADRID: Real Madrid akan kehilangan khidmat pemenang Ballon d'Or tahun ini, Karim Benzema dan pemenang edisi 2018, Luka Modric pada pertemuan Liga Juara-Juara Eropah menentang RB Leipzig, awal pagi esok waktu Malaysia.

Menurut pengendalinya, Carlo Ancelotti, Benzema mempunyai masalah di paha kiri manakala Modric di bahagian otot paha.

Kecederaan kedua-dua pemain itu tidak serius, tetapi dengan Real sudah layak ke pusingan kalah mati, Ancelotti tidak mahu mengambil risiko kehilangan mereka untuk tempoh lebih lama sekiranya diturunkan.

"Bagi Karim dan Luka, ia hanya masalah fizikal yang kecil, tetapi kami tidak mahu mengambil sebarang risiko.

"Saya lebih rela kehilangan mereka untuk satu perlawanan daripada satu bulan," kata Ancelotti.

Real juga akan turun tanpa kelibat arkitek Uruguay, Federico Valverde, yang cedera ketika kemenangan 3-1 ke atas Sevilla.

- AFP

Berita Harian X