Rabu, 10 Ogos 2022 | 11:44am
Mata kanak-kanak itu terbeliak manakala mulutnya ternganga melihat kehadiran bekas pemain Liverpool itu. - Foto Agensi
Mata kanak-kanak itu terbeliak manakala mulutnya ternganga melihat kehadiran bekas pemain Liverpool itu. - Foto Agensi

Peminat cilik tergamam lihat Mane

LONDON: Seorang peminat cilik tergamam melihat Sadio Mane sebelum perlawanan pembukaan Bayern Munich dalam aksi Bundesliga menentang Eintracht Frankfurt.

Mane, 30, membuat penampilan sulung buat Bayern berdepan Eintracht pada Jumaat di Deutsche Bank Park dan menyinar bersama pasukan baharunya namun bukan hanya dia mencipta viral.

Pemain sayap itu bersama pemain lain dan pegawai perlawanan keluar ke padang bersama kanak-kanak dalam atur cara biasa sebelum perlawanan.

Pemain antarabangsa Senegal itu berjalan dalam barisan dan menemui seorang peminat cilik berpakaian Eintracht yang sangat teruja.

Ketika bintang berusia 30 tahun itu lalu di depannnya, mata kanak-kanak itu terbeliak manakala mulutnya ternganga melihat kehadiran bekas pemain Liverpool itu.

Peminat teruja dengan gaya spontan kanak-kanak itu dan memujinya di media sosial.

Seorang peminat menerusi Twitter berkata: "Budak kecil ini mewakili saya, ketika saya bertemu Sadio Mane, saya juga akan jadi seperti ini."

Seorang lagi berkata: "Budak ini akan menjadi maskot Bayern selepas ini.." . - AGENSI

Berita Harian X