Khamis, 21 Julai 2022 | 11:27am
Sadio Mane menjaringkan penalti buat Bayern Munich ketika menentang DC United di Audi Field, Washington, DC. - AFP
Sadio Mane menjaringkan penalti buat Bayern Munich ketika menentang DC United di Audi Field, Washington, DC. - AFP

Mane, De Light rai gol sulung bersama Bayern

WASHINGTON: Pemain baharu ditandatangani, Sadio Mane dan Matthijs De Ligt menjaringkan gol pada penampilan pertama ketika Bayern Munich membelasah kelab Major League Soccer, D.C United 6-2 dalam aksi persahabatan hari ini.

Pemain antarabangsa Senegal itu yang menyertai Bayern bulan lalu selepas enam tahun bersama Liverpool, membuka akaun jaringan buat juara Bundesliga itu menerusi penalti selepas lima minit permainan.

Penalti disempurnakan Mane selepas pertahanan D.C. United, Donovan Pines mengasari penyerang remaja, Lucas Copado.

Jaringan awal itu memberikan rentak dalam pertembungan dengan kelab di Audi Field itu yang diuruskan bekas pemain England dan Manchester United, Wayne Rooney.

Bayern menggandakan kelebihan pada minit ke-12 apabila cubaan Marcel Sabitzer mengelirukan penjaga gol D.C. United, Jon Kempin.

Serge Gnabry menjadikan 3-0 sebelum tamat separuh masa pertama hasil hantaran Mane pada minit ke-44.

Pemain Bayern Munich, Matthijs de Ligt meraikan jaringan keempat pasukannya ketika menentang DC United. - Foto AFP
Pemain Bayern Munich, Matthijs de Ligt meraikan jaringan keempat pasukannya ketika menentang DC United. - Foto AFP

De Ligt menandakan kehadirannya dari kelab Itali, Juventus awal minggu ini dengan gol sulung selepas masuk pada babak kedua.

Pertahanan Belanda itu meledak voli hasil hantaran sudut bagi menjadikan 4-0 selepas 47 minit. - AFP

Berita Harian X