Jumaat, 1 Julai 2022 | 9:07pm
Moussa Sissoko (tengah) bersama jersi Nantes ketika diperkenalkan bersama CEO FC Nantes, Franck Kite (kiri) dan ketua jurulatih, Antoine Kombouare di La Joneliere dekat La Chapelle-sur-Erdre. - AFP
Moussa Sissoko (tengah) bersama jersi Nantes ketika diperkenalkan bersama CEO FC Nantes, Franck Kite (kiri) dan ketua jurulatih, Antoine Kombouare di La Joneliere dekat La Chapelle-sur-Erdre. - AFP

Moussa Sissoko sertai Nantes dari Watford

NANTES: Pemain tengah Perancis, Moussa Sissoko menyertai Nantes dari Watford, umum kelab Ligue 1 itu hari ini yang menamatkan tempoh sembilan tahun pemain itu dalam bola sepak England.

Pemain berusia 32 tahun itu menandatangani kontrak dua tahun dengan nilai £1.8 juta (RM9.53 juta).

Sissoko ke Watford dari Tottenham pada permulaan musim lalu tetapi gagal menghalang Hornets tersingkir dari Liga Perdana.

Dia kali pertama meretasi Selat Inggeris pada 2013 untuk menyertai Newcastle selepas enam tahun bersama Toulouse, kemudian ke Spurs yang membolehkannya mara ke final Liga Juara-Juara 2019.

Sissoko membuat 71 penampilan antarabangsa buat Perancis tetapi tidak bermain sejak kekalahan pada kelompok 16 terakhir Euro 2020 kepada Switzerland tahun lalu.

Nantes akan bermain dalam aksi Eropah musim depan pertama kali sejak 2004 apabila layak ke Liga Europa selepas menang Piala Perancis, trofi utama diraih dalam tempoh 21 tahun. - AFP

Berita Harian X