Rabu, 29 Jun 2022 | 10:16pm
Keadaan padang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak berikutan hujan lebat dan disusuli kilat. - Foto Foto Malik Muhamad
Keadaan padang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak berikutan hujan lebat dan disusuli kilat. - Foto Foto Malik Muhamad

Aksi TFC-NSFC dihentikan

KUALA TERENGGANU: Perlawanan Liga Super membabitkan tuan rumah Terengganu FC (TFC) menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, pada malam ini terpaksa dihentikan susulan hujan lebat dan kilat.

Pengadil perlawanan, Mohammad Zamzaidi Katimin terpaksa memberhentikan perlawanan pada minit ke-14 selepas hujan semakin lebat disusuli kilat.

Sejak awal permainan, hampir 2,000 penonton setia skuad Penyu yang hadir tidak berganjak daripada tempat duduk mereka walaupun sebelum wisel ditiupkan sudah hujan.

Berdasarkan peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), perlawanan terpaksa dihentikan pengadil selama 30 minit pertama, jika hujan masih lagi belum reda, masa 30 minit lagi akan diberikan kepada kedua-dua pasukan.

Namun selepas satu jam keadaan hujan tidak menundukkan tanda reda, pengadil berhak menangguhkan perlawanan berkenaan pada tarikh lain.

Dalam perlawanan itu, hanya satu percubaan tepat dimiliki skuad kendalian Nafuzi Zain menerusi kapten, Kipre Tchetche pada minit ke-12, namun percubaan pemain kelahiran Ivory Coast itu sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol pelawat yang dikawal penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Berita Harian X