Rabu, 22 Jun 2022 | 8:13pm
Penyerang Senegal Sadio Mane menandatangani kontrak tiga tahun bersama juara Bundesliga Bayern Munich. - Foto AFP
Penyerang Senegal Sadio Mane menandatangani kontrak tiga tahun bersama juara Bundesliga Bayern Munich. - Foto AFP

Bayern ikat Mane tiga tahun

BERLIN: Bayern Munich menandatangani Sadio Mane dari Liverpool, kedua-dua kelab itu mengesahkan hari ini, dengan penyerang Senegal berkenaan diikat tiga tahun oleh juara Bundesliga itu.

Yuran perpindahan dilaporkan sekitar 41 juta euro (RM189.9 juta) untuk Mane, 30, yang memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Piala Dunia Kelab sepanjang enam tahun di Merseyside.

"Ejen saya memberitahu saya yang ada juga tawaran daripada kelab lain, tetapi bagi saya, Bayern lebih menepati pilihan saya sejak awal mereka mempersembahkan pelan mereka.

"Bagi saya ia kelab yang tepat buat masa sekarang. Ia salah sebuah kelab terbesar di dunia dan pasukannya sering bersaing untuk kejuaraan," kata Mane.

Bayern baru saja memenangi Bundesliga buat musim kesepuluh berturut-turut dan Mane berkata dia mahu memastikan lebih banyak gelaran dimenangi bersama rakan sepasukan baharunya.

Ketibaannya mampu mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Robert Lewandowski - peledak prolifik Bayern yang menjadi buruan Barcelona, dan pemain sayap Serge Gnabry yang belum melanjutkan kontraknya. - AFP

Berita Harian X