LONDON: Tottenham mengumumkan mereka menandatangani pemain tengah, Yves Bissouma dari Brighton dengan yuran perpindahan £25 juta (RM134.49 juta), memberikan pengurus Antonio Conte pemain ketiga dalam fasa perpindahan.
Pemain antarabangsa Mali itu menyerlah ketika Brighton mencatat penamat terbaik dalam Liga Perdana iaitu kedudukan kesembilan musim lalu.
Bissouma, 25, menandatangani kontrak empat tahun dan akan bersama rakan yang baharu tiba, Ivan Perisic dan Fraser Forster di kelab London itu.
"Saya sangat gembira berada di sini, gembira menjadi pemain Spurs dan saya harap kami akan melalui musim yang bagus," kata Bissouma kepada Spurs TV.
️ We are pleased to announce the transfer of Yves Bissouma.
Welcome to Spurs, Yves!— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) June 17, 2022
Spurs akan bermain dalam Liga Juara-Juara musim depan selepas mengatasi pencabar dari utara London, Arsenal untuk kedudukan keempat Liga Perdana.
Sebanyak £150 juta (RM806.96 juta) dilaburkan pemilik kelab, ENIC meningkatkan perbelanjaan perpindahan Conte dan tarikan bermain dalam kejohanan kelab elit Eropah menjadikan Tottenham antara pilihan utama.
Bissouma berkata adalah satu "impian" untuk bermain dalam Liga Juara-Juara. - AFP
Introducing our third summer signing... pic.twitter.com/GMEjKo1MH9
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) June 17, 2022