Isnin, 6 Jun 2022 | 11:32am
Liverpool menolak tawaran Bayern Munich untuk mendapatkan penyerangnya Sadio Mane. - Foto AFP
Liverpool menolak tawaran Bayern Munich untuk mendapatkan penyerangnya Sadio Mane. - Foto AFP

Liverpool tolak tawaran Bayern untuk Mane

LIVERPOOL: Liverpool menolak tawaran pembukaan daripada Bayern Munich untuk bintangnya Sadio Mane.

Pemain Senegal itu dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Anfield musim panas ini.

Menurut media British, gergasi Jerman itu membuat bidaan awal 21 juta pound (RM116.2 juta) dengan tambahan 4 juta pound (RM22.1) dalam klausa berdasarkan persembahan.

Minggu lalu Mane, yang menjadi tonggak dalam kejayaan The Reds memenangi dua trofi serta mara ke final Liga Juara-Juara Eropah musim ini, mengejutkan ramai apabila memberi isyarat seakan mahu meninggalkan Liverpool.

"Saya menghormati peminat dan pasukan tetapi 60 hingga 70 peratus rakyat Senegal mahu saya meninggalkan Liverpool? Saya akan turut kehendak mereka," kata Mane.

Mane meledak hatrik dalam kemenangan 3-1 Senegal ke atas Benin pada Sabtu.

Mane turut mendedahkan kelab impiannya ketika kecil bukan Bayern atau Barca tetapi kelab Perancis, Marseille.

"Bayern dan Barca? Kedua-dua pasukan ini bagus. Tetapi saya bukan peminat mereka. Pasukan pilihan saya adalah Marseille.

"Semalam saya cuma berjenaka (berkenaan meninggalkan Liverpool). Saya rasa cukup setakat itu. Liverpool kelab yang saya hormati. Berkenaan masa depan, kita lihat nanti," katanya.

Dalam enam musim di Anfield, Mane meledak 120 gol dan membantu Liverpool menjadi salah satu pasukan terbaik di Eropah.

Dia memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Piala Liga, Piala Dunia Kelab dan Liga Juara-Juara Eropah di bawah kendalian Jurgen Klopp. Dia turut tersenarai dalam pasukan terbaik PFA sebanyak tiga kali. - AGENSI

Berita Harian X