Isnin, 23 Mei 2022 | 1:25am
Manchester City mengekalkan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL). - Foto AFP
Manchester City mengekalkan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL). - Foto AFP

Manchester City kekal gelaran EPL

MANCHESTER, United Kingdom: Manchester City mengekalkan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan gaya dramatik apabila bangkit selepas ketinggalan 2-0 untuk menewaskan Villa 3-2 menerusi tiga gol dalam tempoh 15 minit sebentar tadi.

Ilkay Gundogan masuk dari bangku simpanan untuk meledak dua gol dengan Rodri juga menemui sasaran ketika skuad Pep Guardiola berjaya menghalang usaha Liverpool menang gelaran dengan hanya kelebihan satu mata.

Aksi pemain Manchester City, Ilkay Gundogan ketika jaringkan gol ketiga pasukan. - Foto AFP
Aksi pemain Manchester City, Ilkay Gundogan ketika jaringkan gol ketiga pasukan. - Foto AFP

Penyokong Manchester City masuk ke padang untuk meraikan kejayaan pasukan mereka mengekalkan gelaran Liga Perdana selepas mengatasi Aston Villa di Stadium Etihad dekat Manchester. - Foto AFP
Penyokong Manchester City masuk ke padang untuk meraikan kejayaan pasukan mereka mengekalkan gelaran Liga Perdana selepas mengatasi Aston Villa di Stadium Etihad dekat Manchester. - Foto AFP

Pemain Manchester City, Rodri (kiri) bertembung dengan pemain Aston Villa, Jacob Ramsey. - Foto AFP
Pemain Manchester City, Rodri (kiri) bertembung dengan pemain Aston Villa, Jacob Ramsey. - Foto AFP

Pemain Aston Villa, Matty Cash jaringkan gol dalam aksi menentang Manchester City di Etihad. - Foto Reuters
Pemain Aston Villa, Matty Cash jaringkan gol dalam aksi menentang Manchester City di Etihad. - Foto Reuters

Gol Matty Cash dan bekas pemain Liverpool, Philippe Coutinho tampak bakal memberikan kelebihan buat Reds merampas gelaran.

Skuad kendalian Jurgen Klopp menyempurnakan tugas apabila bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Wolves 3-1 di Anfield namun kemenangan City memusnahkan harapan Liverpool untuk meraih empat kejuaraan.

Pemain Tottenham Hotspur, Harry Kane ketika aksi bertemu Norwich City di Carrow Road. - Foto Reuters
Pemain Tottenham Hotspur, Harry Kane ketika aksi bertemu Norwich City di Carrow Road. - Foto Reuters

Spurs pula mengesahkan tempat keempat apabila membelasah Norwich 5-0 ketika pencabar utamanya Arsenal turut menang besar mengatasi Everton.

Chelsea mengekalkan tempat ketiga selepas menang 2-1 mengatasi Watford. - AFP

Pemain Chelsea, Ross Barkley meraikan jaringan kedua. - Foto Reuters
Pemain Chelsea, Ross Barkley meraikan jaringan kedua. - Foto Reuters

Berita Harian X