Sabtu, 14 Mei 2022 | 11:24pm
Aksi Melaka United (jersi gelap) ketika bertemu PJ City pada saingan pusingan kedua Piala FA di Stadium Hang Jebat malam tadi. Melaka menang 2-1. Foto ihsan FB Melaka United FC.
Aksi Melaka United (jersi gelap) ketika bertemu PJ City pada saingan pusingan kedua Piala FA di Stadium Hang Jebat malam tadi. Melaka menang 2-1. Foto ihsan FB Melaka United FC.

Melaka United singkir PJ City aksi Piala FA

MELAKA: Melaka United FC melangkah ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan PJ City 2-1 pada saingan pusingan kedua di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput di sini, malam tadi.

Walaupun tanpa khidmat import Filipina, Justin Bass yang masih cedera skuad terbabit tidak berdepan halangan untuk mencipta kemenangan. Malah tuan rumah lebih awal mempamerkan sentuhan garang menerusi jaringan kapten pasukan, Sony Norde pada minit ke-11.

Gol terbabit berpunca daripada hantaran lintang Wan Amirul Afiq yang disambut Norde. Ia kemudian menolak ke dalam gawang yang gagal diselamatkan penjaga gol Kalamullah Al Hafiz Mat Rowi.

Aksi Melaka United (jersi gelap) ketika bertemu PJ City pada saingan pusingan kedua Piala FA di Stadium Hang Jebat malam tadi. Melaka menang 2-1. Foto ihsan FB Melaka United FC.
Aksi Melaka United (jersi gelap) ketika bertemu PJ City pada saingan pusingan kedua Piala FA di Stadium Hang Jebat malam tadi. Melaka menang 2-1. Foto ihsan FB Melaka United FC.

Persembahan lebih tersusun buat Melaka pada aksi berkenaan membolehkan mereka menguasai babak awal permainan dengan kerap memasuki kubu pasukan pelawat untuk melakukan percubaan.

Namun usaha Mohd Shukri Baharun melakukan percubaan pada minit ke-16 mudah diselamatkan Kalamullah. Begitu juga rembatan deras Emmanuel Oti gagal menewaskan penjaga gol terbabit.

Bagaimanapun, pelawat tetap memberi cabaran untuk menyamakan kedudukan namun tandukan Darren Lok pada minit ke-35 sekadar mengeggar palang gol tuan rumah diikuti rembatan R Kogileswaran dua minit selepas itu tersasar ke kiri gawang Melaka.

Aksi Melaka United (jersi gelap) ketika bertemu PJ City pada saingan pusingan kedua Piala FA di Stadium Hang Jebat malam tadi. Melaka menang 2-1. Foto ihsan FB Melaka United FC.
Aksi Melaka United (jersi gelap) ketika bertemu PJ City pada saingan pusingan kedua Piala FA di Stadium Hang Jebat malam tadi. Melaka menang 2-1. Foto ihsan FB Melaka United FC.

Skuad Hang Tuah hampir menambah gol kedua mereka pada minit ke-45 namun rembatan Norde berjaya diselamatkan Zainal Abidin Jamil selepas Kamullah sudah tertewas.

Babak kedua jurulatih PJ City, P Maniam membawa masuk Mahali Jasuli yang berjaya menghidupkan jentera pasukan skuad berkenaan bagi memberi saingan kepada tuan rumah. Malah Mahali berjaya melakukan hantaran kepada Darren yang bijak menanduk masuk gol penyamaan PJ City pada minit ke -50.

Namun jaringan terbabit membakar semangat pemain tuan rumah untuk memastikan mereka tidak terkeluar awal dari saingan selepas Andriano Narcizo berjaya menolak masuk gol kedua pasukannya.

Jaringan terbabit berpunca daripada hantaran jauh pemain gantian Wan Zaharulnizam Wan Zakaria kepada Adriano membolehkan pemain import Bazil terbabit menolak masuk gol berkenaan.

Berita Harian X