KUALA LUMPUR: Slot separuh akhir acara bola Sukan SEA Hanoi sah menjadi milik Malaysia susulan kemenangan 5-0 Thailand ke atas Kemboja di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, sebentar tadi.
Perkembangan itu menyaksikan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara memperbaiki pencapaian di Filipina pada 2019 yang menyaksikan Malaysia terkandas di peringkat kumpulan.
Kini, skuad 'Harimau Muda' perlu fokus untuk menjinakkan Kemboja pada aksi terakhir Kumpulan B, Isnin ini untuk mara selaku juara kumpulan bagi mengelak pertembungan sukar dengan juara Kumpulan A di separuh akhir nanti.
Juara Kumpulan A hampir pasti menjadi milik pasukan tuan rumah, Vietnam yang dijangka tidak berdepan masalah untuk mengalahkan Timor Leste, esok.
Skuad negara bimbingan Brad Maloney yang seri 2-2 dengan Singapura pada aksi petang tadi kekal di kedudukan teratas kumpulan dengan mengumpul tujuh mata, manakala Thailand di tangga kedua dengan enam mata.