Ahad, 24 April 2022 | 8:26am
Thomas Mueller memegang trofi replika Bundesliga ketika meraikan kejuaraan bersama rakan sepasukan Bayern Munich di Allianz Arena. - Foto REUTERS
Thomas Mueller memegang trofi replika Bundesliga ketika meraikan kejuaraan bersama rakan sepasukan Bayern Munich di Allianz Arena. - Foto REUTERS
Peminat Bayern Munich di Stadium Allianz Arena, Munich ketika pasukan mereka menentang Borussia Dortmund. - Foto REUTERS
Peminat Bayern Munich di Stadium Allianz Arena, Munich ketika pasukan mereka menentang Borussia Dortmund. - Foto REUTERS

Bayern pegang rekod juara liga Eropah

BERLIN: Bayern Munich dinobatkan juara Bundesliga untuk musim ke-10 berturut-turut selepas menewaskan pesaing terdekat Borussia Dortmund 3-1.

Jaringan babak pertama Serge Gnabry dan Robert Lewandowski meletakkan Bayern di depan dalam aksi di Allianz Arena sebelum Emre Can menyempurnakan penalti selepas rehat untuk gol tunggal Dortmund.

Pemain remaja Jamal Musiala meledak gol di akhir permainan untuk memastikan Bayern menjadi kelab pertama memenangi 10 gelaran berturut-turut dalam lima liga teratas Eropah.

"Tahun ini bukan mudah. Sebab itu saya gembira kami menjuarai liga ini," kata pengendali Bayern Julian Nagelsmann.

Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski mengawal bola dari pemain Borussia Dortmund. - Foto REUTERS
Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski mengawal bola dari pemain Borussia Dortmund. - Foto REUTERS

Kemenangan kelapan berturut-turut ke atas Dormund meletakkan Bayern 12 mata di depan pesaing terdekatnya itu dengan tiga perlawanan berbaki.

Gelaran itu mengubat kekecewaan Bayern yang tersingkir di suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas tewas kepada Villarreal awal bulan ini.

"Penting untuk kami mengesahkan kejuaraan selepas disingkirkan oleh Villarreal. Semua orang mahukannya, inilah yang istimewanya dalam pasukan ini," kata kapten Bayern Manuel Neuer.

Thomas Mueller, yang memecahkan rekod dengan memenangi gelaran Bundesliga ke-11 dirinya, berkata: "Akhirnya kami dapat mengubat kekecewaan. Sekarang ia lebih indah." - AFP

Penyerang Bayern Munich, Thomas Mueller (kiri) cuba dihalang pemain Broussia Dortmund, Jude Bellingham. - Foto EPA
Penyerang Bayern Munich, Thomas Mueller (kiri) cuba dihalang pemain Broussia Dortmund, Jude Bellingham. - Foto EPA

Berita Harian X