Selasa, 1 Februari 2022 | 3:59pm
Pemain ‘ajaib’ Fulham, Fabio Carvalho. - Foto ihsan The Sun.
Pemain ‘ajaib’ Fulham, Fabio Carvalho. - Foto ihsan The Sun.

Liverpool kempunan dapatkan khidmat Carvalho

LONDON: Hajat Liverpool untuk menyaksikan perpindahan bernilai £8 juta (RM45 juta) bagi mendapatkan pemain 'ajaib' Fulham, Fabio Carvalho tidak menjadi kenyataan.

Perjanjian selama lima tahun sudah disediakan untuk pemain sayap berbakat berusia 19 tahun itu, hasil satu perbincangan panjang sehingga tempoh perpindahan berakhir semalam.

Carvalho akan kekal di Fulham untuk baki musim ini selepas Liverpool gagal mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk ditandatangani sebelum tarikh akhir iaitu jam 11 malam pada Isnin.

Liverpool menyangka mereka sudah memeterai perjanjian selepas satu kejayaan dalam perbincangan ketika pertemuan awal selama dua jam.

SunSport mendedahkan pada hujung minggu bahawa Fulham menolak pendekatan awal daripada pasukan Jurgen Klopp.

Pasukan itu sanggup mengekalkan Carvalho sehingga musim panas, walaupun kontraknya bakal berakhir.

- AGENSI

Berita Harian X