Rabu, 19 Januari 2022 | 8:45pm
Penyerang Atletico Madrid, Luis Suarez dikaitkan mahu berpindah ke Aston Villa. - Foto ihsan
Penyerang Atletico Madrid, Luis Suarez dikaitkan mahu berpindah ke Aston Villa. - Foto ihsan

Suarez dikaitkan berpindah ke Aston Villa

LONDON: Luis Suarez dikaitkan dengan perpindahan mengejutkan ke Aston Villa, menurut laporan sensasi di Sepanyol.

Penyerang Atletico Madrid berusia 34 tahun itu yang kontraknya akan tamat pada musim panas ini, dikatakan menolak tawaran beberapa kelab kerana berminat untuk bersama bekas rakan sepasukan Liverpool, Steven Gerrard.

SunSport difahamkan Aston Villa belum membuat bidaan untuk pemain Uruguay itu. Namun, wartawan Gerard Romero melaporkan bahawa Suarez terbuka untuk berhijrah ke Midlands.

Penyerang Amerika Selatan itu menghabiskan empat musim di Anfield yang mana dia menjaringkan 82 gol dalam 133 penampilan.

Ketika bercakap mengenai Suarez pada 2015, Gerrard berkata: "Saya tidak fikir sesiapa pun pernah berharap untuk bermain menentang Luis Suarez, dia ada bakat yang hebat dan pemain yang sangat berbahaya.

"Dia adalah rakan sepasukan yang hebat, mungkin pemain terbaik yang pernah saya beraksi bersama. Kami sentiasa berhubung dan menyokong antara satu sama lain sepanjang karier kami."

Satu-satunya trofi bersama The Reds hadir pada 2012 apabila dia menjulang Piala Liga bersama Gerrard.

Suarez hampir memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2014, namun Liverpool akhirnya dipintas oleh Manchester City.

Dia kemudiannya menyertai Barcelona pada 2014 dan berjaya memenangi empat gelaran La Liga dan Liga Juara-Juara.

- AGENSI

Berita Harian X