Sabtu, 15 Januari 2022 | 6:34pm
 Presiden Liga Bolasepak Amatur (AFL), Datuk Yusoff Mahadi pada sidang media selepas Majlis Undian Liga M3 2022 hari ini. - Foto BERNAMA
Presiden Liga Bolasepak Amatur (AFL), Datuk Yusoff Mahadi pada sidang media selepas Majlis Undian Liga M3 2022 hari ini. - Foto BERNAMA

Hadiah Liga M3 naik tiga kali ganda

KUALA LUMPUR: Pasukan Liga M3 pasti berjuang habis-habisan selepas hadiah kemenangan pada musim ini dinaikkan lebih tiga kali ganda kepada RM100,000.

Berita baik itu diumumkan Presiden Liga Bolasepak Amatur (AFL), Datuk Yusoff Mahadi pada Majlis Undian Liga M3 2022 yang berlangsung di Petaling Jaya, hari ini.

Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkata, hadiah kemenangan yang lebih tinggi berbanding RM30,000 sebelum ini bertujuan memberi semangat kepada pasukan untuk bersaing dan memperagakan aksi terbaik.

"Memang menjadi cita-cita kita untuk menjadikan hadiah kemenangan itu berbaloi dan berpatutan dengan usaha ditunjukkan setiap pasukan. Kita mahu pastikan setiap pasukan diuruskan dengan baik.

"Kalau kita berjaya mendapatkan penaja yang lebih banyak, mungkin kita boleh tambahkan lagi hadiah kemenangan untuk diberikan kepada pasukan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Yusoff turut mengesahkan saingan amatur itu akan dibarisi sepenuhnya oleh pemain tempatan bagi memberi peluang kepada mereka menunjukkan kemampuan masing-masing.

"Kita tidak benarkan pemain import kerana ini adalah tahun pertama M3 dijalankan selepas berehat dua tahun. Kita tidak mahu timbul banyak masalah nanti.

"Kita memang ada idea (benarkan pemain import di Liga M3) tetapi kita akan lihat cadangan itu pada tahun akan datang," katanya.

Pasukan Liga M3 2022

Kumpulan A
1. Sains FC

2. Malaysia University

3. FC Langkawi

4. Kinabalu Jaguar FC

5. Imigresen FC

6. Manjung City FC

7. Ultimate FC

8. Tun Razak City FC

9. Langkawi City FC

10. Armed Forces FC

Kumpulan B
1. Perlis United FC

2. Tok Janggut Warriors FC

3. Harini KS FC

4. Kijang Rangers FC

5. BRM FC

6. Respect FC

7. Kuala Lumpur Rovers FC

8. Bukit Tambun FC

9. PIB FC

10. Real Chukai FC

Berita Harian X