Ahad, 9 Januari 2022 | 10:03am
Pemain Borussia Dortmund, Mahmoud Dahoud (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan termasuk Erling Braut Haaland, Emre Can, Jude Bellingham pada aksi Bundesliga di Deutsche Bank Park, Frankfurt. Dortmund menang 3-2. - Foto REUTERS

Dortmund bangkit saat akhir atasi Frankfurt

FRANKFURT, Jerman: Borussia Dortmund meledak dua kali dalam tiga minit terakhir apabila Jude Bellingham dan Mo Dahoud melengkapkan kebangkitan daripada ketinggalan dua gol seterusnya menang 3-2 ke atas Eintracht Frankfurt.

Bellingham menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-87 sebelum Dahoud melencongkan bola untuk gol kemenangan pada minit ke-89 dan membawa Dortmund mengutip 37 mata sekali gus mengurangkan jurang mata dengan pendahulu, Bayern Munich kepada enam mata.

Bayern tewas 2-1 kepada Borussia Moenchengladbach Jumaat lalu.

Rafael Borre meletakkan tuan rumah di depan menerusi cubaan pertama mereka di depan gol.

Sebelum pelawat berjaya pulih, Borre sekali lagi meledak kali ini dengan menghukum kesilapan pertahanan daripada Marco Reus dalam kotak penalti.

Peluang terbaik Dortmund hadir selepas tamat babak pertama apabila cubaan Donyell Malen terkena palang, namun mereka akhirnya menjaringkan gol pada minit ke-71 menerusi hantaran Erling Haaland kepada Thorgan Hazard.

- REUTERS

Berita Harian X