Ahad, 2 Januari 2022 | 9:20am
Aksi Liga Perdana Inggeris antara Watford dan Tottenham Hotspur di Vicarage Road terpaksa dihentikan selepas salah seorang penyokong memerlukan rawatan kecemasan. - Foto REUTERS
Aksi Liga Perdana Inggeris antara Watford dan Tottenham Hotspur di Vicarage Road terpaksa dihentikan selepas salah seorang penyokong memerlukan rawatan kecemasan. - Foto REUTERS

Aksi Watford-Tottenham terhenti seketika

LONDON: Aksi Watford menentang Tottenham terhenti seketika selepas salah seorang penonton di Vicarage Road memerlukan rawatan kecemasan.

Ketika permainan berbaki lima minit dan kedudukan masih terikat tanpa jaringan, pengadil terpaksa menghentikan permainan dan pasukan perubatan dari kedua-dua pasukan bergegas melintasi padang untuk memberikan rawatan kepada penyokong yang dikatakan rebah tiba-tiba.

Selepas perlawanan bersambung, Tottenham memecah kebuntuan menerusi tandukan Davinson Sanchez pada minit keenam masa kecederaan.

Insiden kecemasan membabitkan penyokong atau pemain bukan perkara baharu dalam bola sepak. Tepat sebulan lalu seorang penyokong mengalami serangan jantung ketika aksi antara Watford dan Chelsea.

Situasi sama dihadapi pemain Denmark Christian Eriksen yang terpaksa dikejarkan ke hospital ketika aksi pembukaan Euro 2020.

Selepas itu penyerang Barcelona Sergio Aguero pula mengalami masalah pernafasan dan kemudian terpaksa bersara selepas didapati mempunyai masalah degupan jantung tidak normal.

Penyerang Wigan Charlie Wyke juga mengalami serangan jantung ketika latihan sehingga terpaksa diselamatkan oleh pengurus pasukan Leam Richardson dan doktor kelab, manakala pemain tengah Sheffield United John Fleck rebah di atas padang ketika menentang Reading. - AGENSI

Berita Harian X