Khamis, 16 Disember 2021 | 9:55am
Faiq Bolkiah menjadi perhatian apabila ditandatangani oleh akademi Southampton dan menyertai Arsenal serta Chelsea sebelum diikat tiga tahun oleh Leicester. - Foto AGENSI
Faiq Bolkiah menjadi perhatian apabila ditandatangani oleh akademi Southampton dan menyertai Arsenal serta Chelsea sebelum diikat tiga tahun oleh Leicester. - Foto AGENSI

Faiq Bolkiah kini tanpa kelab

LONDON: Pemain bola sepak paling kaya di dunia Faiq Bolkiah menamatkan kontraknya bersama kelab Portugal Maritimo tanpa sebarang penampilan bersama skuad senior.

Faiq menjadi perhatian apabila ditandatangani oleh akademi Southampton dan menyertai Arsenal serta Chelsea sebelum diikat tiga tahun oleh Leicester.

Anak saudara Sultan Brunei itu dilaporkan bernilai 13 bilion pound (RM73.35 bilion).

Dia berhijrah ke Maritimo selepas dilepaskan oleh The Foxes pada musim panas lalu tanpa sebarang penampilan bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Harapannya untuk membuktikan nilainya di atas padang sekali lagi berkecai apabila kontraknya dengan kelab liga tertinggi Portugal itu berakhir.

"Kami mencapai persetujuan dengan Faiq Bolkiah untuk menamatkan kontraknya. Kami berterima kasih di atas usaha dan dedikasi beliau untuk kelab, kami ucapkan selamat maju jaya," kata Maritimo yang kini menduduki tangga ke-15 Primera Liga.

Faiq hanya sempat beraksi dua kali untuk skuad B kelab berkenaan.

Bapanya, Jefri adalah adik kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. - AGENSI

Berita Harian X