Khamis, 2 Disember 2021 | 8:35am
Pemsin tengah Watford, Moussa Sissoko melarikan bola sambil dikejar pemain Chelsea pada saingan Liga Perdana di Stadium Vicarage Road dekat Watford, London. - AFP
Pemsin tengah Watford, Moussa Sissoko melarikan bola sambil dikejar pemain Chelsea pada saingan Liga Perdana di Stadium Vicarage Road dekat Watford, London. - AFP

Tuchel lega Chelsea pungut tiga mata penuh

WATFORD, United Kingdom: Thomas Tuchel mengakui Chelsea bernasib baik apabila pendahulu Liga Perdana itu terselamat daripada persembahan kurang meyakinkan sebelum menang 2-1 mengatasi Watford.

Skuad kendalian Tuchel jauh daripada prestasi terbaik mereka di Vicarage Road, namun Hakim Ziyech meledak gol kemenangan pada minit ke-72 untuk melebarkan rekod tanpa kalah mereka kepada 12 perlawanan dalam semua kejohanan.

Mason Mount meletakkan Chelsea di depan menerusi gol keempatnya musim ini pada minit ke-29 sebelum Emmanuel Dennis menyamakan kedudukan dua minit sebelum tamat babak pertama.

Watford mampu berkongsi satu mata selepas memberi tekanan terhadap Chelsea selepas perlawanan tergendala 30 minit kerana pasukan perubatan membantu penyokong diserang cardiac arrest.

"Kami tidak menemui perwatakan sebenar. Kami ada masalah besar pada individu dan sebagai sebuah pasukan. Kami tidak pernah merasa kuat," kata Tuchel.

"Kami merasai kehilangan sebahagian pemain. Kami ada pemain yang keletihan. Kami mencuri tiga mata. Kami tidak perlu lagi bercakap mengenainya."

Tuchel tidak bermasalah menyalahkan dirinya dan pemain kerana gagal menandingi kesungguhan dan pendekatan fizikal Watford dalam aksi itu.

"Itu bukan kami. Kami memang tidak bersedia untuk perlawanan ini. Saya tidak melakukan pendekatan yang betul untuk menyediakan pasukan," kata Tuchel. - AFP

Berita Harian X