Khamis, 14 Oktober 2021 | 9:04am
Jurulatih Sao Paulo, Hernan Crespo melihat aksi pasukannya ketika saingan Copa Libertadores berdepan Palmeiras di Stadium Allianz Parque di Sao Paulo, Brazil. - AFP
Jurulatih Sao Paulo, Hernan Crespo melihat aksi pasukannya ketika saingan Copa Libertadores berdepan Palmeiras di Stadium Allianz Parque di Sao Paulo, Brazil. - AFP

Sao Paulo pecat Crespo

SAO PAULO: Sao Paulo memecat bekas penyerang Argentina, Hernan Crespo daripada jawatan jurulatih selepas beberapa keputuusan buruk, umum kelab Brazil itu hari ini.

Crespo, 46, mengambil alih tugas di Sao Paulo pada Februari hanya selepas tiga minggu mengetuai kelab kecil Argentina, Defensa y Justicia meraih gelaran Copa Sudamericana.

Keputusan untuk berpisah "diambil menerusi persetujuan bersama selepas perbincangan antara jurulatih dan 'lembaga pengarah Tricolore'," kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Crespo bermula dengan positif di Brazil apabila membawa Sao Paulo menang gelaran negeri pada Mei yang menamatkan kemarau sembilan tahun.

Bekas penyerang AC Milan dan Chelsea sentiasa menggunakan corak serangan untuk kelabnya tetapi ia bertukar teruk pada Kejuaraan Brazil musim ini.

Pasukan berkenaan tersingkir pada suku akhir Copa Libertadores, kejohanan yang sama seperti Liga Juara-Juara tetapi berlangsung di Amerika Selatan.

Crespo juga berdepan situasi pemergian mengejut pertahanan veteran, Dani Alves pada September kerana bertelagah dengan kelab berikutan tidak dibayar gaji. - AFP

Berita Harian X