Khamis, 14 Oktober 2021 | 8:07am
Pertahanan Bayern Munich, Lucas Hernandez dikenakan hukuman penjara oleh mahkamah dekat Madrid kerana melanggar perintah larangan pada 2017. - AFP
Pertahanan Bayern Munich, Lucas Hernandez dikenakan hukuman penjara oleh mahkamah dekat Madrid kerana melanggar perintah larangan pada 2017. - AFP

Mahkmah Madrid perintah Hernandez dihukum penjara

MADRID: Sebuah mahkamah di Madrid memerintahkan hukuman penjara buat pemain Perancis dan Bayern Munich, Lucas Hernandez kerana melanggar perintah larangan dikenakan pada 2017.

Hernandez yang juga pemenang Piala Dunia 2018 diperintahkan untuk hadir di mahkamah Selasa depan tetapi dia akan merayu terhadap hukuman itu.

Dia diberi masa 10 hari bermula 19 Oktober untuk datang ke penjara "secara sekarela."

Di Sepanyol, hukuman kurang daripada dua tahun biasanya tidak akan dihantar ke penjara, tetapi dalam kes ini yang juga kesalahan berulang, Hernandez diperintah menjalaninya.

Pemain berusia 25 tahun itu ditangkap empat tahun lalu kerana melanggar perintah mahkamah yang melaranganya bertemu pasangan selepas kes jenayah membabitkan kedua-dua mereka.

Pada Februari 2017, Hernandez ditahan selepas teman wanitanya ketika itu dibawa ke hospital kerana kecederaan kecil selepas pergaduhan antara mereka. - AFP

Berita Harian X