Rabu, 13 Oktober 2021 | 8:01pm
Kante melayan seorang pekerja Pizza Express di London ketika menikmati makan malam di situ, sebelum mereka berswafoto. - Foto ihsan The Sun.
Kante melayan seorang pekerja Pizza Express di London ketika menikmati makan malam di situ, sebelum mereka berswafoto. - Foto ihsan The Sun.

Kante memang pemain paling rendah diri

LONDON: N'Golo Kante terus membuktikan betapa dia adalah bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) paling merendah diri - apabila menikmati makan malamnya di Pizza Express.

Bintang Chelsea itu yang tampak santai dengan seluar jeans dan baju sejuk berwarna hitam menceriakan hari pelayan apabila berswafato di restoran rangkaian dari Itali itu.

Dia kemudiannya dilihat menurunkan tanda tangan pada tisu dan berjabat tangan dengan kakitangan restoran terbabit.

Ini menyaksikan pemenang Piala Dunia itu terus menjadi salah seorang 'lelaki yang baik' dalam dunia bola sepak.

Kante yang begitu merendah diri sebelum ini pernah kelihatan membeli belah di Asda, memandu Mini Cooper, menumpangkan rakan sepasukannya di rumahnya di Leicester selain memenuhi undangan peminatnya untuk menyaksikan perlawanan apabila terlepas kereta api ke Paris.

Dia juga terlalu segan untuk menjulang Piala Dunia dan sedia untuk berlari ke pusat latihan Foxes sebelum dimaklumkan bahawa dia perlu memandu untuk ke tempat latihan.

Dia juga pernah lewat untuk menghadiri sesi latihan bersama Chelsea selepas terbabit dengan kemalangan jalan raya namun masih bersetuju untuk bergambar bersama peminat.

- AGENSI

Berita Harian X