Isnin, 20 September 2021 | 7:46am
Pemain tengah Chelsea N'Golo Kante mencetus impak di babak kedua aksi Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur. - Foto AFP
Pemain tengah Chelsea N'Golo Kante mencetus impak di babak kedua aksi Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur di Stadium Tottenham Hotspur. - Foto AFP

Kante ubati kecewa Tuchel

LONDON: Thomas Tuchel melabelkan N'Golo Kante sebagai "unik" apabila pemain tengah Perancis itu memainkan peranan dalam kemenangan 3-0 di Tottenham sebaik dimasukkan di babak kedua.

Tuchel yang kecewa dengan persembahan anak buahnya di sepanjang babak pertama aksi Liga Perdana Inggeris itu, memasukkan Kante ketika rehat.

Kelincahan Kante ternyata memberi impak apabila Chelsea meledak dua gol dalam tempoh 12 minit awal di babak pertama.

Thiago Silva menanduk masuk gol pembukaan dan rembatan jarak jauh Kante terkena Eric Dier untuk gol kedua Chelsea.

Antonio Rudiger melengkapkan kemenangan dalam masa kecederaan untuk membawa Chelsea ke puncak liga.

"Pemain hebat, jika anda mempunyai N'Golo anda mempunyai sesuatu yang semua orang mahukan.

"Anda mempunyai apa yang diperlukan di bahagian tengah. Saya melihatnya setiap hari dalam latihan dan sukar dipercayai betapa bagusnya dia.

Pemain Chelsea, Thago Silva (tengah) menanduk bola masuk ke gawang Chelsea, untuk gol pertama pasukannya, awal pagi tadi. - Foto EPA
Pemain Chelsea, Thago Silva (tengah) menanduk bola masuk ke gawang Chelsea, untuk gol pertama pasukannya, awal pagi tadi. - Foto EPA

"Dia seorang yang unik, tiada apa lagi dapat saya katakan. N'Golo adalah N'Golo, dia menakjubkan.

"Jika N'Golo berada di bangku simpanan anda dan anda mahu meningkatkan corak permainan, dia adalah pemain terbaik untuk dimasukkan kerana dia unik dan mampu mengubah momentum," kata Tuchel.

Bagaimanapun nada Tuchel jauh berbeza apabila diminta mengulas aksi pemain di babak pertama.

"Jelas sekali saya tidak gembira dengan 45 minit pertama. Secara keseluruhan kami kurang bersemangat, tidak bertenaga dan perlu lebih gigih memenangi bola dalam situasi 50-50," katanya. - AFP

Berita Harian X